Hamid Apdal Dibebaskan




KOTA KINABALU - Ahli perniagaan, Hamid Apdal, 52, yang ditahan berhubung siasatan kes penyelewengan dana awam di Sabah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Perintah dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie di Hospital Pakar Damai, di sini, pada jam 10 pagi.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan deposit RM25,000.

Stephanie tiba pada jam 9.50 pagi sebelum dilihat keluar 10 minit kemudian.

SPRM diwakili Pegawai Pendakwaan SPRM, Mohd Faliq Basiruddin, manakala Hamid diwakili barisan peguam Martin Tommy dan Hamid Ismail.

Hamid yang juga adik Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) disambung reman lima hari pada Ahad lalu, selepas tempoh tahanan reman lima hari yang dikeluarkan mahkamah sama pada Rabu minggu lalu berakhir.

Tempoh reman Hamid sepatutnya berakhir esok tetapi diawalkan hari ini.

Pada Ahad lalu, Hamid dimasukkan ke Hospital Pakar Damai atas masalah kesihatan.

Hamid ditahan pada 10 Oktober lalu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana awam projek pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Sementara itu, menantunya yang juga ahli perniagaan berusia 33 tahun yang disiasat SPRM berhubung kes sama dijangka turut dibebaskan hari ini. - Apakes

Hamid Apdal Dibebaskan Hamid Apdal Dibebaskan Reviewed by Lina Slayer on 13:07:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.