“Hantaran Senaskhah Al Quran Dibaca Hingga Khatam”

 


Baru-baru ini, adik kepada pelakon terkenal, Umie Aida iaitu Betty Rahmad melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Ardy Damis.

Majlis pertunangan tersebut diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh kaum keluarga serta kenalan rapat.

Menerusi akaun Instagram Umie Aida, dia turut kongsikan khabar gembira tersebut berserta kapsyen yang menarik perhatian netizen.

Kita semua maklum, senaskah Al Quran antara kewajipan untuk diisi dalam dulang hantaran.

Namun apa yang membezakan kali ini ialah pihak wanita meminta senaskah AlQuran yang diberikan kepadanya nanti bukanlah yang baru, tetapi yang telah digunakan oleh bakal suaminya.
 
“Hantaran yang diminta dari pihak perempuan, senasakah AlQuran yang harus dibaca habis oleh Ardy Damis sehingga khatam. InsyaAllah ada masa 2 bulan dari sekarang.

“Kita doakan sama-sama semoga segalanya diberkatiNYA..Amin.”

Rata-rata netizen bersetuju dengan syarat tersebut dan mendoakan agar segala urusan majlis dipermudahkan. - Apakes

“Hantaran Senaskhah Al Quran Dibaca Hingga Khatam” “Hantaran Senaskhah Al Quran Dibaca Hingga Khatam” Reviewed by Lina Slayer on 14:23:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.