“Hanya Erra Fazira Bertakhta Di Hati Saya” - Shahir AF




Ramai peminat mula mempersoal kejujuran cinta Shahir AF terhadap kekasihnya, Erra Fazira selepas beberapa keping gambar beliau bersama seorang pramugari menjadi perhatian media baru baru ini.

Shahir AF bagaimanapun memberikan kenyataan yang hubungan beliau dengan gadis bernama Mona Syamimi itu tidak lebih dari sekadar seorang selebriti dan peminatnya sahaja.

“Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati. Tiada wanita lain selain dirinya”

“Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan. Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yang melanda sekarang,” ujar Shahir AF kepada Berita Harian.

Nampaknya tidak lama lagi kita boleh lihat pasangan ini naik pelamin dan sekaligus menamatkan tanda tanya tentang hubungan mereka selama ini. Lagi cepat lagi bagus ‘kan? - Apakes

“Hanya Erra Fazira Bertakhta Di Hati Saya” - Shahir AF “Hanya Erra Fazira Bertakhta Di Hati Saya” - Shahir AF Reviewed by Lina Slayer on 12:34:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.