Hati Emma Terluka




Bukan lagi rahsia apabila sekarang semua orang sedang hangat bercerita mengenai pasangan popular, Emma Maembong dan Kamal Adli sedang perang besar.

Seperti yang dihebahkan juga, Zahirah McWilson dikatakan menjadi punca kepada keretakan hubungan antara pasangan ini.

Menurut sumber, segalanya berpunca apabila Emma dapat menangkap perubahan pada diri Kamal dan terbaca mesej antara Zahirah dan Kamal yang berbau romantis.

Rupa-rupanya Emma dapat menghidu wujud cinta lokasi sewaktu kedua-duanya menjayakan drama bersiri Duda Pujaan Dara dan ia berlanjutan walaupun penggambaran dan tayangan drama bersiri itu sudah lama tamat.

Perkembangan terbaru ini disampaikan sumber rapat dengan pasangan popular ini, hubungan antara Emma dan Kamal bukan lagi retak tetapi sudah terbelah.

Emma mengambil keputusan untuk tidak lagi berhubungan dengan Kamal kerana berasakan apa yang dilakukan Kamal sangat melukakan hatinya. - Apakes

Hati Emma Terluka Hati Emma Terluka Reviewed by Lina Slayer on 15:52:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.