Hubungan Emma Maembong, Kamal Adli Bermasalah?



Berita keretakan hubungan diantara Kamal Adli dan Emma Maembong bukanlah kali pertama didengar. Terbaru, timbul pula kontroversi cinta lokasi diantara Kamal dan Zahirah Macwilson hingga peminat membuat spekulasi.

Lebih menguatkan lagi spekulasi ini apabila Emma pernah membalas komen mengenai status terbaru hubungannya dan dengan nada spontan beliau menyuruh bertanyakan hal itu kepada Kamal dan Zahirah.

“Hubungan kami baik dan berjalan seperti biasa. Saya tak mahu komen perkara ini. Lagipun, tiada apa saya kongsikan ketika ini.

Saya dengan Emma baik-baik saja. Saya harap peminat terus mendoakan hubungan kami supaya berkekalan hingga ke jenjang pelamin,” jelasnya.

Malah kebelakangan ini juga, Emma dilihat ada berkongsi satu kenyataan yang menyatakan sekali hatinya dilukai selamanya beliau akan ingat walaupun di wajah sentiasa terukir senyuman.

Agak mendalam kenyataan Emma itu. Diakui bukan senang mempertahankan hubungan selama tiga tahun seperti mereka.

Manakala di media sosial juga sudah bertebaran kontroversi hubungan mereka yang boleh dikatakan di hujung tanduk.

Ruangan komen pasangan ini juga penuh dibanjiri komen peminat yang menasihati mereka. Apapun semoga apa sahaja permasalahan mereka dapat diselesaikan dengan segera. - Apakes
Hubungan Emma Maembong, Kamal Adli Bermasalah? Hubungan Emma Maembong, Kamal Adli Bermasalah? Reviewed by Lina Slayer on 18:13:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.