'Hukum Setimpal' - Ibu




KOTA BHARU - Ibu kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, yang meninggal dunia pada Jumaat akibat didera, mahu pembunuh anaknya dikenakan hukuman setimpal.

Maimun Yasok, 61, berkata dia mahukan keadilan sepenuhnya bagi mengheret pelaku ke muka pengadilan kerana mengakibatkan anaknya, Nik Muhammad Baihaqy, 28, atau dipanggil Eqiey, meninggal dunia.

Katanya, keadilan juga perlu bagi membela nasib tiga cucunya yang masih kecil, iaitu Nik Adam Mikail, 4; Nik Aisyah Azzahra, 2; serta Nik Anas Naufal berusia 10 bulan.

"Saya baharu saja kehilangan suami dua bulan lalu akibat kanser hati, namun kali ini anak yang banyak berjasa kepada keluarga dan sering memberi belanja bulanan pergi mengiringi ayahnya.

"Malah, cucu sangat rapat dengan arwah ayahnya meskipun seminggu sekali mereka berjumpa kerana perlu bertugas di Lumut, Perak," katanya ketika ditemui di rumahnya, Kampung Binjai, di sini, hari ini.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa anaknya itu ketika melawatnya di Setiawangsa, Kuala Lumpur, dua minggu lalu.

"Ketika berjumpa, dia kelihatan sihat dan ceria, malah tidak memaklumkan apa-apa masalah. Sebaliknya, banyak bercakap seperti biasa.

"Namun, saya tidak sangka selepas dua minggu bertemu, berita kematian anak pula diterima, terutama meninggal dunia akibat penderaan yang menyebabkan pendarahan paru-paru," katanya.

Jenazah Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy yang meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, kelmarin, dikebumikan pada jam 5.50 pagi tadi. - Apakes
'Hukum Setimpal' - Ibu 'Hukum Setimpal' - Ibu Reviewed by Lina Slayer on 02:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.