Ibu Mahu Anaknya Dihukum Penjara 12 Bulan




KOTA BHARU - Seorang ibu memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara 12 bulan terhadap anaknya yang didakwa mengugut beliau dengan menggunakan gunting, Jun lalu.

Rahimah Abdul Rahman, 52, membuat permohonan itu selepas dipanggil memberi keterangan impak selepas tertuduh, Adam Abdullah, 27, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Adam yang bekerja kampung didakwa mengugut untuk mencederakan Rahimah dengan mengacukan gunting dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Terap Banggu, di sini, pada jam 9.30 pagi, 19 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hamidah Mahmood manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding terbabit, Rahimah memberitahu mahkamah yang beliau sudah memaafkan perbuatan tertuduh.

Bagaimanapun, wanita itu meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal iaitu 12 bulan penjara bagi memberi pengajaran kepada anaknya.

Nik Habri sempat memberi amaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang.

"Kamu bernasib baik ibu kamu minta hukuman penjara 12 bulan sebagai pengajaran. Saya tanya ibu kamu (keterangan impak) kali ini saja, selepas ini jika buat lagi saya bagi hukuman saya.

"Saya hargai keterangan ibu kamu, saya pertimbangkan dan saya luluskan hukuman penjara 12 bulan bermula tarikh sabitan hari ini," katanya. - Apakes

Ibu Mahu Anaknya Dihukum Penjara 12 Bulan Ibu Mahu Anaknya Dihukum Penjara 12 Bulan Reviewed by Lina Slayer on 03:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.