Jalaluddin Hassan Akui Sedang Mengenali Seorang Janda




Setelah setahun genap pemergian isteri tercinta, Datuk Jalaluddin Hassan membuka kembali pintu hatinya untuk mengisi kekosongan apabila kini sedang mengenali hati budi seorang wanita beranak empat yang dikenalinya menerusi laman sosial Ramadhan lalu.

Menurutnya, semangat waja pada wanita itu membesarkan anak-anak membuatnya terpikat.

“Kami berkenalan menerusi Facebook dan kali pertama saya menegurnya pada Ramadan lalu apabila mengucapkan selamat berpuasa kepadanya.

Hanya pada Aidilfitri baru kami ada peluang bertemu, pada sebuah acara rumah terbuka. Tak sangka, dia adik kepada kawan saya”

“Saya kagum dengan semangatnya membesarkan anak-anak, selain menjaga ibunya yang kurang sihat. Bagaimanapun, saya kena lakukan fisioterapi sebab kaki masih lemah dan saya juga perlu menjaga makan,” jelasnya.

Beberapa hari lalu juga, Jalaluddin telah dilaporkan pengsan selepas menjadi tetamu dalam program bual bicara siaran TV AlHijrah, Assalamualaikum. Bagaimanapun keadaanya dikatakan stabil dan telah dikeluarkan dari hospital.

Terdahulu Jalaludin telah kehilangan isteri tersayang akibat komplikasi pembedahan jantung di sebuah hospital. - Apakes
Jalaluddin Hassan Akui Sedang Mengenali Seorang Janda Jalaluddin Hassan Akui Sedang Mengenali Seorang Janda Reviewed by Lina Slayer on 17:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.