'Jangan Risau, Saya Belum Kahwin - Dynas Mokhtar




"Lambat lagilah nak kahwin. Tapi terima kasih mendoakan yang baik-baik untuk saya."

Begitulah reaksi pelakon berstatus ibu tunggal, Dynas Mokhtar apabila gimik foto dirinya mengenakan gaun perkahwinan dengan status 'mengundang' menjadi kecoh, sejak semalam.

Netizen menyangka perkongsian Dynas melalui Instagram dengan keterangan berbunyi 'hari paling indah dalam hidup, ia hanya majlis kecil dan maaf jika ada yang tak dapat undangan' memberi petanda dirinya sudah bertemu jodoh.

Dynas mengakui status yang dimuat ketika menunggu giliran berlakon di tempat penggambaran drama 70 episod, Syurga Yang Kedua itu sekadar usikan nakal.

"Saya pernah melakukan perkara sama dua tahun lalu dengan memuat naik video kononnya saya sudah berkahwin. Ketika itu, saya terbabit dengan pertunjukan fesyen baju pengantin.

"Tapi jangan risau, saya belum kahwin lagi. Biasalah, bila menjalani penggambaran drama yang memerlukan kita memakai baju kahwin, ada saja benda hendak dibuat bagi mengisi masa," katanya.

Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar memberitahu, dia percaya ramai peminat berharap dirinya bertemu jodoh.

"Tapi lambat lagi ke arah itu. Terima kasih mendoakan yang baik-baik untuk saya termasuk hal peribadi.

"Soal kahwin lagi, biarlah Nora Danish selamat bersalin dan kawan artis lain mengecapi bahagia dulu," katanya yang membesarkan dua anak, iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish selepas berpisah dengan bekas suami, tiga tahun lalu.

Mengenai perkembangan dunia seni, Dynas sedang menunggu tayangan tiga filem terbaharunya.

"Saya muncul dengan filem Tombiruo, Bukan Cinta Malaikat serta Bella dan Jamie.

"Bukan Cinta Malaikat sudah ditayangkan di Indonesia tetapi di Malaysia mungkin tahun depan," katanya yang menjadi mentor tetap Pencarian Hero Remaja 2017. - Apakes

'Jangan Risau, Saya Belum Kahwin - Dynas Mokhtar 'Jangan Risau, Saya Belum Kahwin - Dynas Mokhtar Reviewed by Lina Slayer on 01:56:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.