"Janganlah, Nanti Jadi Isu Baru Pula" - Fattah Amin




Jika sebelum ini, Fattah Amin pernah menyatakan bahawa ibunya tiada masalah untuk menerima Fazura malah Fattah juga ada berjumpa dengan keluarga pelakon dan penyanyi wanita itu.

Bagaimanapun, Fattah menyatakan bahawa dia dan Fazura tiada ikatan istimewa.

“Janganlah… nanti jadi isu baru pula! Saya dengan Fazura bersahabat sahaja, tak lebih daripada itu. Sejujurnya, saya selesa dengan dia kerana kami pernah berlakon bersama dan dia juga seorang sahabat yang baik”

“Kalau nak tahu, angka 500 kuntum bunga mawar itu tidak membawa apa-apa maksud, itu hanya hadiah tanda persahabatan kami.

Kalau saya nak bagi dua kuntum sahaja pun tak ada masalah, tak tahulah macam mana boleh timbul idea nak bagi 500 kuntum tu,” katanya kepada mStar Online.

Mungkin ada peminat yang hampa dengan jawapan Fattah namun itulah realitinya atau mungkin juga bila Fattah sudah bersedia nanti, pastinya pelakon lelaki pujaan ramai ini akan menjelaskan siapakah pilihan gerangan di hati. - Apakes
"Janganlah, Nanti Jadi Isu Baru Pula" - Fattah Amin "Janganlah, Nanti Jadi Isu Baru Pula" - Fattah Amin Reviewed by Lina Slayer on 03:10:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.