"Kami Telah Menetapkan Tarikh Pertunangan Kami"




Beruntung badan dijodohkan dengan seorang penyanyi, bukan sahaja ketika merajuk boleh dipujuk dengan suara merdu malah diciptakan pula lagu khas buat bakal isteri.

Itulah yang terjadi apabila Sufian Suhaimi memberitahu single lagu terbarunya, Terasa Ada diinspirasikan oleh rasa cinta sejak bertemu dengan wanita kesayangannya, Elfira Loy.

“Sebenarnya, lagu ini dirakam Mei lalu selepas sedikit demi sedikit idea muncul di minda. Malah, korusnya sudah pun mula dicipta sejak tahun lalu.

Saya sendiri pernah memuatnaik sebahagiannya ke laman sosial sebagai ‘teaser’. Lagu itu bagaimanapun siap sepenuhnya pada tahun ini”

“Ia boleh dikatakan dilancarkan tepat pada waktunya dengan apa yang saya alami ketika ini. Begitupun, secara keseluruhannya ia juga sesuai untuk pasangan bercinta lain di luar sana.

Waktu itu, ‘roh’ lagu berkenaan belum ada. Namun, ketika proses menyiapkannya, saya bertemu cinta”

“Ia berkisar bagaimana seseorang itu mahu meluahkan betapa dirinya jatuh cinta terhadap pasangan. Ibarat tiada apa dapat memisahkan mereka. Apapun terjadi, mereka tetap akan bersama,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Sufian juga sempat memaklumkan berita baik dari pihaknya dan Elfira, dimana pasangan ini sudah menetapkan tarikh melangsungkan majlis pertunangan pada 6 Oktober depan.

Manakala lokasi majlis tersebut pula akan diadakan di kediaman keluarga Elfira. Buat pasangan ini semoga segala persiapan berjalan lancar. - Apakes
"Kami Telah Menetapkan Tarikh Pertunangan Kami" "Kami Telah Menetapkan Tarikh Pertunangan Kami" Reviewed by Lina Slayer on 00:36:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.