Kanak-Kanak Setahun Maut Digilis Van




KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun maut selepas digilis sebuah van berhampiran rumah datuknya di Skim Penempatan Telipok, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira ‪jam 6.45‬ pagi itu, Muhammad Sarmindi Abdullah, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian, kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke kedai runcit milik keluarganya di kawasan penempatan berkenaan, dan ketika berada di kedai itu mangsa dijaga oleh datuk dan bapa saudaranya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, berkata datuk mangsa kemudian telah menaiki sebuah van yang berhenti di hadapan kedai runcit itu untuk ke pekan Telipok.

"Bagaimanapun, tanpa disedari mangsa dikatakan sudah berada di bawah kenderaan itu sebelum ia bergerak dan telah digilis van berkenaan sejauh empat meter," katanya.

Chandra berkata, akibat kejadian itu, kanak-kanak terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan masih diteruskan dan pemandu van berumur 39 tahun itu ditahan bagi tujuan siasatan.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Apakes

Kanak-Kanak Setahun Maut Digilis Van Kanak-Kanak Setahun Maut Digilis Van Reviewed by Lina Slayer on 03:01:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.