Kereta Rempuh Bas Ekspres




JASIN - Seorang lelaki maut manakala tiga rakannya cedera apabila kereta mereka naiki bertembung dengan bas ekspres di Kilometer 25 Jalan Merlimau, di sini, petang tadi.

R Gugan, 26, yang memandu PROTON Persona dari Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Tiga mangsa yang cedera di kepala dan badan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Pemandu bas ekspres, Mohd Azril Masood, 34, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan jam 5 petang itu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Arshad Abu, berkata siasatan awal mendapati kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh bas ekspres.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi kemalangan itu tampil membantu siasatan. - Apakes
Kereta Rempuh Bas Ekspres Kereta Rempuh Bas Ekspres Reviewed by Lina Slayer on 02:09:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.