Kilafairy Tak Gelabah Ramai Komen Lucah




Gara-gara berkongsikan gambar yang memperlihatkan bentuk badannya, akaun Instagram Kilafairy nampaknya kini dihujani komen-komen lelaki gersang selain ada juga yang menegur agar pelakon ini lebih bersopan santun dalam memilih pakaian.

Namun Kilafairy sendiri tidak cepat melatah mengenai perkara berkenaan.

“Mulut orang tak boleh nak tutup. Jadi, biarlah mereka nak cakap apa. Percakapan mereka itu melambangkan IQ mereka.

Lagipun, mereka yang juga tolong lihat karya-karya saya. Kami memerlukan satu sama lain,” katanya.

Sebelum ini, Wak Doyok juga pernah meninggalkan komen berbaur lucah sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi terhadap selebriti tersebut.

Bagaimanapun bukanlah semua komen yang ditinggalkan adalah berunsur lucah kerana ada juga wanita yang turut mengidamkan bentuk badan seperti pelakon wanita tersebut.

Selain itu dalam masa yang sama juga, Kilafairy sebenarnya turut mempromosikan produk kesihatan yang memberikan tumpuan kepada pelansingan badan. Mungkin salah satu cara untuk promosi juga bukan? - Apakes


Kilafairy Tak Gelabah Ramai Komen Lucah Kilafairy Tak Gelabah Ramai Komen Lucah Reviewed by Lina Slayer on 02:13:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.