Lori Tangki Diesel Terbalik




JOHOR BAHRU - Sebuah lori tangki bermuatan diesel terbalik di Lebuh Raya Pasir Gudang berhampiran Masjid Al-Mizan Kempas dekat sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, lori tangki itu dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Seremban dan dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan lalu terbalik.

Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Nazran Omar, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.51 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

Sebaik tiba, katanya, pemandu lori terbabit sudah keluar dari kenderaan itu.

"Berlaku sedikit tumpahan diesel dan kerja pembersihan dilakukan pihak bomba bagi memastikan keadaan selamat serta tidak membahayakan pengguna.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ahmad Nazran berkata, pihak polis turut membantu mengawal trafik berikutan berlaku kesesakan akibat kemalangan itu.

Pemandu lori terbabit, K R Raju, 38, keluar sendiri dari kenderaan dan tidak mengalami kecederaan.

"Jumlah tumpahan minyak tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, pihak bomba sudah membuat langkah pencegahan bagi mengelak tumpahan berlarutan dan merebak ke longkang berhampiran," katanya. - Apakes
Lori Tangki Diesel Terbalik Lori Tangki Diesel Terbalik Reviewed by Lina Slayer on 15:18:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.