"Maaf, Buat Masa Ini Saya Tidak Mahu Beri Sebarang Komen" - Emma Maembong




Emma Maembong, memilih untuk mengunci mulut, sebaliknya meminta persoalan mengenai status perhubungan mereka diajukan kepada Kamal Adli dan Zahirah Macwilson.

Emma atau pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Embong, 25, berkata beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya bersama pelakon lelaki itu buat masa ini.

"Maaf, buat masa ini saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

"Sebarang persoalan mengenai status hubungan kami boleh diajukan kepada Kamal atau Zahirah," katanya apabila diminta untuk mengulas mengenai gambar terbaru yang dimuat naik oleh kekasihnya, semalam.

Menerusi perkongsian berkenaan, Kamal meminta semua pihak mendoakan perkara yang baik saja buat mereka.

Jawapan Emma turut menambahkan lagi teka-teki mengenai hubungan cintanya bersama aktor terbabit, apatah lagi apabila beliau turut memetik nama Zahirah dalam kenyataan ringkasnya itu.

Sebelum ini, Kamal dan Zahirah menarik perhatian ramai menerusi drama berjudul Duda Pujaan Dara yang baru saja melabuhkan tirainya di sebuah saluran berbayar.

Kini, drama lakonan Emma yang bertajuk Awak Suka Saya Tak pula menggantikan slot itu.

Terdahulu, pasangan terbabit memilih untuk tidak meletakkan label kepada hubungan mereka, sebaliknya menyerahkan kepada jodoh apabila diterjah mengenai persoalan menaiki pelamin. - Apakes
"Maaf, Buat Masa Ini Saya Tidak Mahu Beri Sebarang Komen" - Emma Maembong "Maaf, Buat Masa Ini Saya Tidak Mahu Beri Sebarang Komen" - Emma Maembong Reviewed by Lina Slayer on 16:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.