“Mana Pergi Duit Derma RM1 Juta Pelajar Tahfiz?”

 


Kes kebakaran ngeri yang mengorbankan 21 pelajar dan 2 orang guru tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah masih lagi menjadi bualan hangat. Terbaru, 2 daripada suspek akan didakwa diatas pertuduhan membunuh.

Hari ini Free Malaysia Today melaporkan, beberapa ibu mangsa korban pusat tahfiz tersebut mendakwa mereka masih belum menerima sumbangan yang diberikan melalui sekolah selepas tragedi tersebut

Tidak mahu nama mereka disiarkan, mereka menuntut agar pengetua pusat tahfiz tersebut memberi kenyataan sama ada mereka akan menerima bantuan tersebut atau tidak.

Salah seorang daripada mereka berkata Pengetua tahfiz, Muhammad Zahid Mahmood pernah memberitahu mereka semasa pertemuan pertama bahawa sekolah akan menyimpan 30% daripada sumbangan dan selebihnya akan diberikan kepada 21 keluarga keluarga mangsa yang terkorban serta keluarga mangsa yang cedera dan trauma.

Menurut salah seorang ibu mangsa, pada hari berikutnya ibu bapa diberitahu bahawa mereka akan mendapat 30% dan sekolah akan menyimpan 70%. “Tetapi sehingga kini kami belum menerima satu sen,” katanya.

Tambahnya lagi, pada malam Sabtu lalu telah diadakan perjumpaan diantara ibu bapa bersama pengetua. Namun, pihaknya hanya menghantar wakil dan memberi alasan perlu berjumpa dengan jabatan bomba.

“Dia tak dapat hadir kerana perlu berjumpa dengan jabatan bomba,”katanya. “Untuk apa berjumpa dengan jabatan bomba pada waktu malam?”

Seorang ibu lagi mendakwa sekolah itu secara rutin akan menyimpan wang yang disumbangkan kepada murid-muridnya walaupun sebelum terjadinya insiden kebakaran tersebut.

Menurutnya lagi, pusat tahfiz itu juga sering menganjurkan lawatan ke rumah Perdana Menteri, tokoh-tokoh semasa Hari Raya dan acara perayaan lain.

“Orang-orang ini akan memberi wang kepada anak-anak kita, tetapi sekolah hanya pastikan anak-anak kita memegang jumlah wang yang kecil dan akan menyimpan wang besar untuk tujuan keselamatan, atau kami akan diberitahu,” katanya.

“Sekarang anak-anak kita sudah tiada, di mana wang itu?”

Kurang seminggu selepas tragedi kebakaran, Zahid memberitahu pada pihak media bahawa sekolah itu telah mengumpulkan hampir RM1 juta sumbangan dan akan diberikan kepada ibu bapa mangsa.

Salah seorang ibu mangsa mendakwa, walaupun ibu bapa telah diberitahu bahawa sekolah itu akan berhenti mengutip derma semalam, namun masih lagi ada pihak yang berdiri diluar bangunan pengurusan sekolah bersama kotak sumbangan. - Apakes
“Mana Pergi Duit Derma RM1 Juta Pelajar Tahfiz?” “Mana Pergi Duit Derma RM1 Juta Pelajar Tahfiz?” Reviewed by Lina Slayer on 01:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.