Maut Di Susur Masuk Lebuh Raya




SHAH ALAM - Seorang pemandu pacuan empat roda (4WD) maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 8.5, Lebuhraya Persekutuan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, kemalangan berlaku di jalan susur masuk ke sebuah restoran makanan segera dan stesen minyak di lebuh raya berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Nek Zaidi Zakaria, berkata 4WD dipandu Kan Wai Chiu, 52, merempuh belakang sebuah treler yang diparkir di kanan laluan susur masuk itu.

Keadaan 4WD dipandu Kan Wai Chiu yang terbabit dalam nahas di Kilometer 8.5, Lebuhraya Persekutuan, malam tadi. - Foto Ihsan Polis
"Susulan rempuhan, 4WD berkenaan kemudian melanggar Proton Exora yang diletak di kiri jalan berkenaan.

"Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan maut di tempat kejadian. Anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi membawa keluar mangsa," katanya kepada BH di sini, hari ini.

Nek Zaidi berkata, pemandu treler dan pemandu Proton Exora bagaimanapun tidak cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Apakes
Maut Di Susur Masuk Lebuh Raya Maut Di Susur Masuk Lebuh Raya Reviewed by Lina Slayer on 14:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.