Maut Terjatuh Bangunan




PADANG BESAR - Seorang penuntut lelaki meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan kediaman pelajar perempuan di Sungai Chuchuh di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 22 tahun berasal dari Perak itu ditemui dalam keadaan telentang di tingkat bawah bangunan oleh pengawal keselamatan kira-kira jam 1.30 pagi.

Sumber berkata, pengawal keselamatan memeriksa keadaan sejurus dimaklumkan oleh beberapa pelajar yang mendakwa terdengar bunyi seperti objek terhempas.

"Difahamkan, mangsa yang menuntut di sebuah universiti di selatan tanah air, datang bertemu rakannya yang tidak pulang bercuti sempena perayaan Deepavali," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk bedah siasat. - Apakes
Maut Terjatuh Bangunan Maut Terjatuh Bangunan Reviewed by Lina Slayer on 13:03:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.