Mayat Bayi Lelaki Ditemui Terapung




SANDAKAN - Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui terapung di Jambatan 4, Kampung Air, Jalan Pelabuhan, dekat sini, pagi tadi.

Mayat bayi seberat 318 gram dengan panjang 34 sentimeter yang dipercayai baharu berusia enam bulan itu ditemui penduduk kira-kira jam 8.30 pagi di kawasan perumahan atas air itu sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Polis yang menerima maklumat kemudian pergi ke lokasi itu dan mendapati mayat bayi yang tidak berbalut dan masih dalam keadaan sempurna itu diletakkan dalam kotak.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata siasatan awal tidak menemui sebarang kesan luka pada anggota tubuh bayi terbabit.

Katanya, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Duchess of Kent, di sini dan pemeriksaan mendapati bayi terbabit baharu dilahirkan.

"Bagaimanapun, ada kesan lebam pada belakang badan, punggung dan kaki dipercayai akibat proses kelahiran.

"Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan dalaman dan bayi di percayai meninggal dunia ketika di lahirkan," katanya di sini, sebentar tadi.

Sehubungan dengan penemuan itu, Mohd Azhar meminta orang ramai terutama klinik swasta atau bidan kampung yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kelahiran dalam tempoh terdekat untuk tampil membantu polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. - Apakes
Mayat Bayi Lelaki Ditemui Terapung Mayat Bayi Lelaki Ditemui Terapung Reviewed by Lina Slayer on 03:17:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.