Mayat Lelaki Dikelar, Ditetak Ditemui Dalam Sungai




TASEK GELUGOR - Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dibunuh dan mayatnya dibuang di dalam lembah berhampiran Sungai Jarak dekat Kampung Paya Tok Akil di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Pemangku Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mayat lengkap berpakaian itu ditemui orang awam kira-kira jam 7.30 pagi, sebelum menghubungi polis.

"Siasatan awal mendapati, ada kesan kelar pada bahagian depan dan belakang leher, selain kesan tetakan di kaki mayat lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu.

"Kita percaya mangsa dibunuh di tempat lain, sebelum mayatnya dibuang di sini. Ia berdasarkan kesan tompokan darah yang hanya terdapat pada badan mangsa," katanya di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, pihaknya gagal menemui sebarang senjata di lokasi terbabit, selain mayat mangsa di bawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi proses bedah siasat.

"Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau saudara lelaki berusia lingkungan 30 ke 40-an diminta tampil untuk membuat pengecaman mayat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - Apakes

Mayat Lelaki Dikelar, Ditetak Ditemui Dalam Sungai Mayat Lelaki Dikelar, Ditetak Ditemui Dalam Sungai Reviewed by Lina Slayer on 19:38:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.