Muhammad Lailatulman Minta Maaf Kepada Ibu




RANTAU PANJANG - "Arwah ada meminta maaf tanpa sebarang sebab ketika menghubungi saya malam kelmarin."

Demikian kata Che Yah Che Cob, 52, ibu kepada Laskar Kelas 1, Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, semalam.

Che Yah berkata, dia tidak menyangka tindakan arwah itu seolah-olah tanda bahawa anak kedua daripada empat beradik itu akan pergi buat selama-lamanya.

"Arwah hubungi saya kira-kira jam 9.30 malam kelmarin hanya ingin menyatakan permohonan maaf, namun disebabkan saya terlalu sebak dan sedih mendengar permintaan itu, menyebabkan saya tidak sempat bertanya apa-apa.

"Sebagai seorang ibu sudah pasti rasa tidak tenang apabila dengan tiba-tiba anak meminta maaf tanpa sebarang sebab.

"Malah, ketika arwah pulang bercuti pada Sabtu lalu selama tiga hari, dia hanya termenung saja dan bentuk fizikalnya kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bagus, di sini.

Katanya, dia sempat bertanya arwah kenapa termenung, namun anaknya itu memaklumkan perasaannya 'serabut' dan mempunyai masalah di tempat kerja.

"Lebih menyedihkan, sebelum dia bertolak kembali ke Ipoh, arwah sempat menghubungi adiknya (Aidi Hakim, 23) yang berada di Johor supaya menjaga anaknya, Aisyah Humairah yang berusia empat bulan, kerana dia merasakan seolah-olah tidak akan kembali lagi," katanya.

Sementara itu, bapa arwah, Mohd Sukri Salleh, 52, berkata dia sekeluarga menerima berita kematian anaknya itu selepas dihubungi isteri arwah, Nur Liya Asmira Yahya, 24, selepas waktu Isyak, semalam.

"Saya harap pihak berkenaan memberi jawapan sebenar apa yang berlaku terhadap anak saya yang baru saja bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama empat tahun.

"Saya cukup pelik dengan kejadian ini kerana arwah seorang yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit, tambahan pula dua orang meninggal dunia sekali gus," katanya.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Rantau Panjang. - Apakes

Muhammad Lailatulman Minta Maaf Kepada Ibu Muhammad Lailatulman Minta Maaf Kepada Ibu Reviewed by Lina Slayer on 02:38:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.