"Orang Yang Mengaitkan Nama Saya Dengan Video Itu Tidak Berotak Dan Tidak Sensitif"




Eyka Farhana yang namanya dikaitkan dengan video lucah yang tular sejak minggu lalu mahu pihak tidak bertanggungjawab itu segera ditahan.

Pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Juvana 1 dan 2 itu membuat laporan di Balai Polis Ampang, Jumaat lalu.

Eyka turut membuat laporan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kelmarin.

“SKMM hanya boleh memadam video terbabit daripada terus menjadi tular. Saya juga harapkan pemilik laman tumblr Pemburu Malam yang mula menyebarkan video terbabit turut ditahan," katanya.

Eyka berkata, walaupun wanita di dalam video itu bukan dirinya, tetapi apa yang berlaku sangat memalukan sekali gus mencemar nama baik dia dan keluarganya.

Dalam masa sama, Eyka turut menyerahkan gambar paparan skrin komen diberikan netizen yang mendakwa mereka mempunyai bukti mengatakan wanita di dalam video itu adalah dirinya.

"Mujur saya sempat merakam gambar mesej itu dan sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.

"Kalau tengok wanita di dalam video itu memang langsung tidak serupa dengan saya. Tapi saya tetap berasa malu apabila ada yang mengaitkan ia dengan diri saya.

"Saya menyifatkan orang yang cuba mengaitkan nama saya dengan video itu sebagai tidak berotak dan tidak sensitif, kerana ia ditimbulkan di saat saya dan keluarga masih bersedih kerana kehilangan arwah kakak," katanya. - Apakes

"Orang Yang Mengaitkan Nama Saya Dengan Video Itu Tidak Berotak Dan Tidak Sensitif" "Orang Yang Mengaitkan Nama Saya Dengan Video Itu Tidak Berotak Dan Tidak Sensitif" Reviewed by Lina Slayer on 03:23:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.