Pakar Racun Saraf Dipanggil Esok




SHAH ALAM - Pakar racun saraf akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh lelaki warga Korea Utara, Kim Chol (yang didakwa sebagai abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam) esok.

Saksi pendakwaan ketujuh, Datin Dr. S. Ranjini adalah pakar yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Beliau akan memanggil saksi berkenaan selepas Juruperunding Kanan dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Shah Mahmood selesai memberi keterangan.

Perbicaraan dua suspek wanita yang menghadapi pertuduhan membunuh Kim Chol di Mahkamah Tinggi Shah Alam diteruskan hari ini.

Kedua-dua suspek iaitu warga Indonesia Siti Aisyah, 25 dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, dituduh bersama empat yang lain yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 Februari lalu.

Pada masa sama, petugas media turut dinasihatkan memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah keselamatan.

Namun, tiada penjelasan lanjut diberikan. - Apakes
Pakar Racun Saraf Dipanggil Esok Pakar Racun Saraf Dipanggil Esok Reviewed by Lina Slayer on 03:41:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.