Pembantu Kedai Maut, Rakan Parah Motosikal Rempuh SUV




SUNGAI PETANI - Seorang pembantu kedai maut, rakannya parah selepas motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di simpang lampu isyarat di Kilometer 56.5 Jalan Alor Setar- Butterworth, di sini awal pagi ini.

Ahmad Amirul Shuhaimi, 21, dari Taman Sari yang menunggang motosikal jenis Yamaha RZX 135, maut kerana kecederaan parah pada kepala dan paha kiri dalam kejadian kira-kira jam 4.25 pagi itu.

Rakannya, Muhammad Khairul Azrien Sazili, 18, dari Taman Orkid, yang menunggang motosikal Yamaha 125z pula parah di kepala dan kini dilaporkan kritikal di Zon Merah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abdul Hamid, berkata siasatan awal polis mendapati kedua-dua pemuda itu gagal berhenti apabila lampu isyarat di persimpangan berkenaan bertukar merah.

"Mereka kemudian merempuh sebuah PERODUA Kembara dalam perjalanan dari Taman Pahlawan ke pekan Sungai Petani. Dua individu dalam PERODUA Kembara tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saifi berkata, jenazah Ahmad Amirul dihantar ke Jabatan Forensik HSAH untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian," katanya. - Apakes

Pembantu Kedai Maut, Rakan Parah Motosikal Rempuh SUV Pembantu Kedai Maut, Rakan Parah Motosikal Rempuh SUV Reviewed by Lina Slayer on 02:31:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.