Penjara 10 Tahun, 4 Sebatan Liwat Kanak-Kanak




JOHOR BAHRU - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan melakukan kelucahan melampau dan persetubuhan luar tabii ke atas dua kanak-kanak lelaki, Jun lalu.

Tertuduh, Mohd Azizi Firdaus Abu Samah, 25, mengaku bersalah sebaik dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merangsang seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun untuk melakukan kelucahan melampau dengannya di sebuah rumah di Kulai, kira-kira jam 12 tengah hari, Jun lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun tanpa kerelaan mangsa.

Mengikut pertuduhan, perbuatan itu dilakukan di sebuah medan selera di Bandar Putra, Kulai, kira-kira 10 malam, 21 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dengan dua sebatan bagi pertuduhan pertama dan enam tahun penjara dengan dua sebatan bagi pertuduhan kedua yang berjalan secara berasingan, berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 22 September lalu. - Apakes

Penjara 10 Tahun, 4 Sebatan Liwat Kanak-Kanak Penjara 10 Tahun, 4 Sebatan Liwat Kanak-Kanak Reviewed by Lina Slayer on 03:04:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.