Penunggang Motosikal BMW Maut Di LPT2




DUNGUN - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi terbunuh apabila kenderaan itu terbabas dan merempuh kereta di bahu jalan di Kilometer 355 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Kuala Dungun di sini, petang tadi.

Marzuki Mohamad, 34, yang menunggang motosikal BMW 1,200cc, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dalam kemalangan kira-kira jam 5 petang.

Difahamkan, sebelum itu kereta Honda Civic dipandu lelaki berusia 27 tahun, terbabas di lokasi sama akibat jalan licin sebelum merempuh besi penghadang jalan.

Marzuki bersama dua rakan yang berkonvoi dari Kota Bharu, Kelantan, untuk pulang ke rumahnya di Taman Murni Perdana, Paka, dipercayai hilang kawalan ketika melalui lokasi berkenaan sebelum motosikalnya terbabas dan merempuh kereta berkenaan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Pegawai Bomba Kanan II Ruzali Omar, berkata sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Katanya, anggotanya terpaksa mengangkat kenderaan terbabit sebelum mengeluarkan mangsa yang terperosok di bawah kenderaan itu.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut," katanya. - Apakes
Penunggang Motosikal BMW Maut Di LPT2 Penunggang Motosikal BMW Maut Di LPT2 Reviewed by Lina Slayer on 02:07:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.