Pernikahan Joy Revfa Adalah Sah-Mahkamah Syariah?




Mah­kamah Tinggi Syariah  hari ini mengesahkan pernikahan usahawan produk kecantikan, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin, dengan suami terdahulu, Datuk Ray Imran di Thailand, empat tahun lalu di sisi hukum syarak adalah sah.

Hakim Syarie, Sa­lehan Yatim  membuat keputusan itu setelah berpuas hati dengan semua dokumen, saksi, keterangan lisan dan hujahan bertulis yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Mahkamah de­ngan ini mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand adalah sah mengikut hukum syarak.

Sehubungan itu, Salehan turut mengarahkan Joy, 30, dan Ray Imran atau nama penuh­nya, Datuk Mohd. Rayos Abdul Rahim, 46, agar mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling Jaya dengan segera.

Sebelum ini, Hafiz Hamidun mendakwa pernikahannya dengan Joy pada 1 Mei adalah tidak sah krana wujud unsur keraguan mengenai status perceraian Joy dengan Ray yang didakwa dihantar melalui aplikasi Whatsapp.

Dalam prosiding pengesahan itu,  Mohd. Zarif Mohd. Amin, 26, saksi yang juga adik lelaki Joy memberitahu, dia mengetahui bahawa kakaknya bernikah dengan Ray Imran di Songkhla, Thailand pada tarikh tersebut.

Sementara itu, Aznor Suhaida, peguam Joy memberitahu akan memfailkan pengesahan perceraian Joy dan Ray dalam masa terdekat. - Apakes
Pernikahan Joy Revfa Adalah Sah-Mahkamah Syariah? Pernikahan Joy Revfa  Adalah Sah-Mahkamah Syariah? Reviewed by Lina Slayer on 02:01:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.