Raja Ilya Dituduh Menipu?




Baru-baru ini, pelakon Raja Ilya memberitahu sebuah portal hiburan bahawa dia telah ditawarkan berlakon dalam sebuah filem adiiwira yang diterbitkan oleh Marvel.

Bagi anda yang tidak tahu, Marvel ialah sebuah syarikat penerbitan komik yang kini menerbitkan filem-filem mengenai adiwira komik yang popular, antaranya Captain America, Iron Man, Thor dan X-Men.

Menurut Raja Ilya, untuk menjayakan watak yang bakal dilakonkan itu, dia sedia melakukan pembedahan dan juga ke klinik bagi mendapatkan bentuk badan yang sesuai dengan watak dalam filem adiwira.

Bagaimanapun, portal The Hyped Geek telah membuat ‘siasatan’ mengenai dakwaan Raja Ilya. Portal itu mendapati tiada sebarang laman web atau portal berita luar negara yang menulis mengenai pembabitan atktres Malaysia dalam sebarang filem Marvel, kerana sumber yang ada ialah portal berita Malaysia yang mendapat berita hasil temubual dengan Raja Ilya.

Raja Ilya pernah membuat kenyataan akan berlakon di samping Kajol untuk sebuah filem Bollywood pada tahun 2015.

Bagaimanapun tiada khabar lanjut mengenai filem itu sehingga ke hari ini dan carian mengenai pengarah bernama T. Anand tidak membuahkan hasil kerana didapati tiada pengarah filem dengan nama tersebut.

Secara jujurnya ini merupakan kali pertama saya mendengar tentang tuduhan menipu.Terpulanglah kepada mereka yang nak cakap saya berbohong atau sebaliknya.

Hanya kerana saya belum cukup popular jadi apabila saya berkongsi cerita mengenai berita berkenaan orang tidak percaya dan anggap saya menipu.

Sedikit pun saya tidak terkesan dengan tohmahan yang dilemparkan malah kini saya sedang mempersiapkan diri dari pelbagai aspek termasuklah mental dan fizikal untuk menjayakan tawaran tersebut.

Mengenai judul filem, lokasi penggambaran serta pelakon lain, saya sendiri tidak tahu-menahu dan mereka tak beritahu lagi. Biarlah pihak produksi yang umumkan nanti sebab saya hanya dapat skrip untuk babak saya sahaja.

Dia juga akan menjalani pembedahan untuk memperbaiki tahap kesihatannya demi tuntutan watak yang bakal dilakonkan.

Saya dinasihatkan oleh doktor yang merawat untuk membuang ketulan di bahagian perut yang sudah dua tahun saya hidapi. Demi filem tersebut saya sanggup lakukan apa sahaja asalkan keadaan tubuh badan dan kesihatan tidak terganggu ketika berada di Los Angeles nanti.

Rajal Ilya juga menafikan akan menjalankan pembedahan plastik untuk mencantikkan penampilannya. Saya hanya buang ketumbuhan seperti yang disarankan oleh doktor pakar tetapi orang ingat saya nak ubah ciptaan Tuhan dan tuduh saya tak ada pegangan agama.

Saya tidak akan buat sebarang pembedahan plastik hanya semata-mata nak nampak cantik dan menawan.

Raja Ilya juga memberitahu masih belum menerima sebarang tawaran berlakon tahun ini kerana ingin berehat dan meluangkan masa bersenam untuk mempersediakan fizikal bagi menjayakan watak dalam filem Marvel tersebut. - Apakes
Raja Ilya Dituduh Menipu? Raja Ilya Dituduh Menipu? Reviewed by Lina Slayer on 02:02:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.