Riz Ulala Buat Ramai Wanita Cemburu

 


Semakin hari, semakin ramai golongan maknyah yang meraih populariti dan menjadi perhatian di media sosial.

Lebih mengejutkan golongan ini berjaya mengelirukan ramai jejaka kerana rupa paras mereka memang cantik sangat dan tak nampak seperti lelaki.

Baru-baru ini, seorang wanita cantik dikenali sebagai Riz Ulala mengakui merupakan seorang maknyah dan telah melakukan pembedahan di Thailand.

Lebih mesra disapa sebagai Lala, dia juga tanpa segan silu memuat naik gambarnya ketika masih lagi menjadi seorang lelaki pada zaman sekolah.

Apa yang menarik tentang ‘wanita’ berusia 22 tahun ini, dia bangga untuk mengakui bahawa dia seorang lelaki dan berani mengaku bahawa dia membuat pembedahan di Thailand untuk menjadi seperti seorang wanita tulen.

Walaupun ada yang mengecam tindakan ‘songsang tersebut’, namun rata-rata netizen terutama kaum wanita rasa terancam dan cemburu dengan kecantikan yang dimiliki oleh Lala walaupun bukan ianya bukanlah kecantikan tulen.

Tidak kurang juga ada yang menasihati Lala agar kembali ke fitrah lelaki yang semula jadinya memiliki rupa paras baby face dan kacak. - Apakes

Riz Ulala Buat Ramai Wanita Cemburu Riz Ulala Buat Ramai Wanita Cemburu Reviewed by Lina Slayer on 02:29:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.