"Saya Bukan Bimbo, Saya Fahamlah Maksud Cashless Tu"




Teruk dihentam semalam akibat tidak faham maksud Cashless atau transaksi jual beli tanpa tunai, Fathia Latiff tampil mempertahankan dirinya. Menurutnya, beliau merupakan pelajar jurusan undang-undang dahulu dan tidak bodoh untuk tidak tahu maksud kenyataan YB Khairy Jamaluddin.

“Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud berita itu cuma saya sengaja Tweet dalam bentuk sarkastik. Saya menerima paparan skrin berita berkenaan daripada seorang kenalan.

Melihat artikel itu saya terus terdetik dan tweet apabila melihat keadaan ekonomi negara yang kurang memuaskan sekarang”

“Sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara. Saya memuat naik status terbabit dalam bentuk sarkastik dan tidak menyangka ia menjadi tular.

Cashless membawa pelbagai maksud. Saya bukan lakukan kajian, ia hanya sekadar pandangan semata-mata. Kalau masyarakat ambil serius, susahlah”

“Saya faham kenyataan YB Khairy Jamaludin berkenaan Cashless society itu. Ia bermaksud masyarakat tanpa tunai.

Jadi tujuan saya memuat naik tweet itu untuk membangkitkan orang untuk lebih membuka mata supaya lebih berfikiran positif. Saya kenal diri saya dan saya pernah ambil jurusan undang-undang sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, Fathia tidak patah semangat apabila dihentam bertubi-tubi hingga ada menggelarkan dirinya ‘bimbo’. Dan rasanya kontroversi video berahinya di aplikasi Bigo baru-baru ini juga masih panas diperkatakan.

Dalam kehangatan ‘ulasan bijak’ beliau semalam, Fathia sempat menyalahkan pihak media supaya lebih jelas menulis tajuk berita.

Tetapi kenyataanya itu nampaknya mengundang lebih kecaman dari peminat yang merasakan hanya beliau sahaja tidak faham maksud Cashless itu. Mungkin betul kadang kala lebih baik diam dari berkata-kata. - Apakes
"Saya Bukan Bimbo, Saya Fahamlah Maksud Cashless Tu" "Saya Bukan Bimbo, Saya Fahamlah Maksud Cashless Tu" Reviewed by Lina Slayer on 14:53:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.