“Saya Kahwin Dua, Doakan Baik-Baik” - Opick




Penyanyi dari lndonesia yang popular dengan lagu-lagu ketuhanan iaitu Opick menafikan khabar angin mengenai rumah tangganya sedang bergolak.

Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus, 43, baru-baru ini dikhabarkan nyaris bercerai dengan isteri pertamanya setelah dia berkahwin lagi.

"Alhamdulillah, aman di rumah. Tiada apa-apa pun sebenarnya. Teman-teman sahaja yang besarkan cerita.

"Saya memilih untuk berdiam. Jadi, doakan yang baik-baik sahaja," katanya kepada mStar Online.

Dia ditemui sewaktu majlis pelancaran album terbarunya, Allah Bersamamu di Talent Lounge, Damansara Perdana, Isnin.

Namun, dia tidak menafikan dakwaan mengenai dirinya yang beristeri dua.

Becakap mengenai album Allah Bersamamu, ia merupakan album ke-19 dihasilkannya.

Album berkenaan memuatkan 10 lagu baharu yang diinspirasikan daripada situasi di Rohingya, Syria dan Palestin.

Menurut Opick, lagu-lagu dalam album ini boleh dijadikan peneman bagi mereka yang sedang berduka atau bersedih.

"Ketika kamu bersedih, waktu bersendirian, ingatlah Allah ada bersamamu,” katanya.

Dalam majlis itu, Opick turut menyampaikan dua lagu baharu berkenaan dan Sembunyikan Duka.

Album itu sudah pun dilancarkan di Indonesia pada Jun lalu.

Bagi pasaran Malaysia, ia diedarkan oleh Monkey Bone dengan kerjasama PMP Entertainment. - Apakes

“Saya Kahwin Dua, Doakan Baik-Baik” - Opick “Saya Kahwin Dua, Doakan Baik-Baik” - Opick Reviewed by Lina Slayer on 03:14:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.