Siti Saleha Tak Harapkan Suami




Siti Saleha memaklumkan dia tidak akan meninggalkan industri hiburan meskipun kehidupannya sudah selesa sejak bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar.

Menurut Saleha, 27, dia sudah terbiasa bekerja sejak berusia 18 tahun dan agak mustahil untuknya menamatkan karier seni.

"Saya dah mula bekerja sejak awal remaja lagi dan tidak mungkin saya tinggalkan dunia seni..

"Saya tak suka duduk-duduk sahaja, sudah biasa cari duit sendiri, tak mahulah bergantung harap pada suami semata-mata.

"Alhamdulillah, suami sangat memahami dan tidak kisah jika saya teruskan karier dan menyokong apa yang saya lakukan," katanya.

Dia ditemui di majlis bertemu peminat  Detik Lebih Bermakna Bersama Siti Saleha anjuran Digi di Pejabat Urusan Digi, Selangor pada Sabtu.

Sementara itu, seramai 50 orang peminat berhimpun dan beramah mesra dengan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini.

Saleha memaklumkan ini kali pertama suaminya menyertai program bersama peminat.

"Program hari ini agak istimewa kerana suami ada bersama, mujurlah dia seorang yang senang bergaul dan sporting.

"Saya dengan peminat dah macam satu keluarga dan kita selalu buat aktiviti bersama," katanya.

Ditanya mengenai zuriat, Saleha dan suami sudah bersedia menimang cahaya mata dan tidak pernah merancang mengenai anak.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi Azhar,31, bernikah di TPC Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu. - Apakes
Siti Saleha Tak Harapkan Suami Siti Saleha Tak Harapkan Suami Reviewed by Lina Slayer on 02:13:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.