Syazwan Hanya Digam Jika Terlibat Jenayah




Pihak Astro menolak tuduhan yang dibuat pelakon Syazwan Zulkifly kononnya mereka menyenaraihitamnya pelakon itu daripada muncul dalam mana-mana program siaran stesen televisyen berkenaan.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, tindakan menyenaraihitamkan artis hanyalah kepada mereka yang terlibat dengan hal berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah sahaja.

"Pihak Astro tidak pernah mengambil tindakan untuk gam mana-mana artis melainkan jika ada yang terlibat dengan hal-hal berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah," ujarnya.

Raqim diminta mengulas rungutan Syazwan yang kesal dirinya digam oleh stesen televisyen Astro gara-gara perselisihan faham antara dia dengan pengacara stesen berkenaan.

Syazwan mendakwa namanya ditolak daripada terlibat dalam drama terbitan Astro itu gara-gara kontroversi bersama bekas kekasih yang juga pengacara stesen berkenaan, Shenty Feliziana.

Hal itu menyebabkan Syazwan menuding jari kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang didakwanya tidak membantu dalam menyelesaikan masalah dihadapinya.

Namun Seniman meminta Syazwan mengemukakan surat jika benar dia disenaraihitamkan untuk pihaknya mengambil tindakan.

Dalam pada itu Raqim menambah, penglibatan seseorang selebriti dalam mana-mana program atau drama terbitan Astro ditentukan mengikut kesesuaian artis itu dengan watak dalam sesebuah drama.

"Kami di Astro sentiasa bersikap profesional dan akan terus berusaha membantu bakat-bakat tempatan menempa nama dalam industri seni tanah air," ujarnya. - Apakes

Syazwan Hanya Digam Jika Terlibat Jenayah Syazwan Hanya Digam Jika Terlibat Jenayah Reviewed by Lina Slayer on 13:19:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.