Tak Bercuti Ke London Bukan Sebab Muflis – Shaheizy Sam




Sekiranya anda mengikuti akaun sosial isteri Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin, pastinya anda mengetahui bahawa mereka sekeluarga kini berada di kota London.

Namun Shaheizy tidak turut serta. Ketidakpemergian Shaheizy Sam menemani isteri dan anaknya telah menyebabkan netizen menyangka bahawa status muflis pelakon itu menyebabkan dia tidak boleh terbang ke luar negara.

Untuk makluman, LHDN telah mengeluarkan notis muflis kepada Shaheizy Sam kerana tidak membayar cukai pendapatan.

Enggan membiarkan netizen berteka-teki, Shaheizy Sam telah tampil memaklumkan sebab sebenar dia tidak terbang ke London.

Saya tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filem ‘Polis Evo 2’ tidak lama lagi.

Saya dijangka mula masuk ke set penggambaran pada 14 Oktober ini. Jadi saya harus mempersiapkan diri.

Semoga dengan penjelasan ini, para netizen tidak membuat tanggapan salah kepada Shaheizy Sam.

Untuk makluman, Shaheizy Sam mempunyai masa sehingga 15 Februari 2018 untuk menyelesaikan cukai tertunggak sebanyak RM300,000. Semoga berjaya. - Apakes
Tak Bercuti Ke London Bukan Sebab Muflis – Shaheizy Sam Tak Bercuti Ke London Bukan Sebab Muflis – Shaheizy Sam Reviewed by Lina Slayer on 02:56:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.