Teman Wanita Baru Shahir AF?




Bila sebut sahaja nama Shahir AF, pasti ramai terbayang gosip cintanya dengan Erra Fazira. Bagaimanapun, Shahir dikatakan mempunyai teman wanita baru yang dikenali, Mona Syamimi.

Bagaimanapun berita ini masih tiada kesahihan tetapi ada beberapa gambar menunjukkan Shahir dan wanita ini sering meluangkan masa bersama. Malah kepsyen pada beberapa gambar yang dimuat naik di Facebook wanita itu boleh dikatakan sangat ‘sweet’ seperti pasangan kekasih.

Menerusi perkongsian di laman sosial wanita ini juga dikhabarkan turut hadir melihat persembahan Shahir di Akedemi Fantasia (AF) baru-baru ini. Selain memuat naik gambar Shahir dari jauh, beliau juga turut memberi ucapan selamat berjaya berserta dengan kepsyen bentuk hati buat Shahir.

Lebih menguatkan lagi dakwaan, gambar profil di laman sosial juga diletakkan gambar bersama. Pastinya kalau kawan tidaklah sampai berbuat begitu bukan. Kalau dilihat sekali pandang, memang sepadan mereka berdua, malah wanita itu juga bukan calang-calang, khabarnya seorang pramugari Fireflyz.

Tapi agak pelik jugalah, dikala gosip percintaannya dengan Erra masih tiada jawapan, timbul pula kekasih baru. Apapun jika benar cerita ini, harapnya Shahir boleh tampil jelaskan perkara sebenar.
- Apakes
Teman Wanita Baru Shahir AF? Teman Wanita Baru Shahir AF? Reviewed by Lina Slayer on 12:50:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.