Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Insiden Di Las Vegas




KUALA LUMPUR - Setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian tembakan pada majlis konsert berhampiran pusat kasino di Mandalay Bay Resort, Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat.

Seorang rakyat Malaysia yang menetap kira-kira 40 kilometer dari tempat kejadian, Pon Jumat, 53 berkata, kira-kira 10 rakyat Malaysia menetap di kawasan berkenaan dan kesemuanya sudah berkeluarga.

"Memandangkan tempat kejadian adalah kawasan hiburan dan pusat kasino, kemungkinan besar sebahagian daripada rakyat Malaysia tidak berada di lokasi kejadian.

"Jika ada sebarang kejadian yang tidak diingini hingga boleh menjejaskan keselamatan penduduk setempat, kami akan dimaklumkan secepat mungkin.

"Kami menunggu arahan daripada pihak berkuasa sebagai langkah keselamatan," katanya yang dihubungi di kediamannya kira-kira jam 3 pagi waktu di sana.

Berikutan itu, Pon juga tidak menerima maklumat terkini mengenai kejadian tembakan terbabit.

Malah katanya, sehingga kini beliau masih menjalani kehidupan seperti biasa.

Dalam kejadian berkenaan, seorang lelaki bersenjata menembak mati sekurang-kurangnya 20 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain pada satu festival muzik sebelum dia ditembak mati oleh polis. - Apakes
Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Insiden Di Las Vegas Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Insiden Di Las Vegas Reviewed by Lina Slayer on 03:26:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.