Tiga Nelayan Terselamat, Bot Dirempuh Tongkang




DUNGUN - Tiga nelayan terselamat selepas bot yang mereka naiki dirempuh tongkang dalam kejadian pada jarak tujuh batu nautika dari Kuala Dungun, pagi tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 pagi itu, ketika tekong bot, Mamat Jaafar,  61, bersama-sama dua kru, Abu Bakar Salleh, 70, dan Majnun Abdul Ghani, 53, dikatakan dalam perjalanan keluar menangkap ikan.

Bagaimanapun, semua nelayan berasal dari Kampung Rhu Batil, Kuala Abang, di sini, itu dikatakan dirempuh tongkang yang sedang ditunda oleh sebuah bot penunda.

Akibat rempuhan itu, bot dinaiki ketiga-tiga nelayan itu hancur sebelum tenggelam di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang sebelum menaiki tongkang yang merempuh bot mereka.

Pengerusi Persatuan Nelayan Terengganu, Mat Yassim Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu sambil berkata semua mangsa dibawa naik ke dalam bot yang menunda tongkang sebelum dihantar ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kuala Dungun kira-kira jam 10 pagi.

"Alhamdulillah, ketiga-tiga mangsa selamat dan tidak mengalami kecederaan. Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan dan mentafsir jumlah kerugian dialami akibat kemalangan berkenaan," katanya. - Apakes

Tiga Nelayan Terselamat, Bot Dirempuh Tongkang Tiga Nelayan Terselamat, Bot Dirempuh Tongkang Reviewed by Lina Slayer on 14:46:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.