Viral Kes Cuba Culik Pelajar Tidak Benar





BAGAN SERAI - Viral di media sosial mengenai kejadian cubaan menculik lapan pelajar membabitkan sekumpulan lelaki menaiki van putih di sebuah sekolah di Gunung Semanggol, di sini sejak semalam, tidak benar.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu hanyalah 'imaginasi' dan rekaan murid berkenaan semata-mata.

Beliau berkata, memang terdapat laporan dibuat oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah kebangsaan terbabit terhadap kes yang dikatakan berlaku di hadapan sekolah pada jam 4.30 petang, kelmarin.

"Bagaimanapun hasil siasatan dan rakaman percakapan murid yang membuat dakwaan itu serta seorang guru kelmarin, mendapati kewujudan van putih untuk cubaan menculik mereka sebenarnya hanyalah 'imaginasi'.

"Polis memandang serius terhadap sebarang kes cubaan culik pelajar sekolah dan siasatan segera dibuat sebaik menerima laporan oleh guru sekolah berkenaan.

"Namun, sewaktu rakaman percakapan terhadap lapan pelajar dibuat, polis mendapati dakwaan mereka diekori dan cuba diculik dengan cuba dibawa masuk ke dalam sebuah van putih tidak wujud," katanya ketika dihubungi hari ini.

Omar berkata, polis menganggap dakwaan itu sebagai rekaan murid berkenaan dan kes dianggap tiada.

"Laporan kes cubaan culik itu hampir menyerupai kronologi laporan kes cubaan culik murid yang berlaku di Perak Tengah, tiga minggu lalu.

"Saya minta masyarakat menghentikan penularan kisah culik menggunakan van putih ini kerana hasil siasatan polis ternyata kes sebegitu tidak wujud," katanya.

Sejak semalam tular di media sosial gambar salinan laporan polis mengenai kes cubaan menculik enam murid sebuah sekolah kebangsaan di Gunung Semanggol, yang dibuat guru sekolah berkenaan. - Apakes

Viral Kes Cuba Culik Pelajar Tidak Benar Viral Kes Cuba Culik Pelajar Tidak Benar Reviewed by Lina Slayer on 02:46:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.