Warga Tua Terselamat Walaupun Kereta Masuk Lubang




KOTA KINABALU - Seorang warga emas terselamat walaupun kereta yang dipandunya terjatuh ke dalam lubang jalan yang sedang dibaiki di Jalan Sembilan Belas di Sinsuran, dekat sini, ketika hujan lebat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, pemandu PERODUA Myvi itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, sebahagian daripada jalan menuju ke Jalan Sembilan Belas itu sedang dibaiki dan sekeliling lubang itu turut dipasang dengan penghadang plastik.

Kejadian itu turut dirakam dalam video oleh orang awam yang menunjukkan pemandu kereta itu sedang memeriksa keadaan keretanya, dalam hujan lebat itu.

Berdasarkan rakaman selama sembilan saat itu, jelas kedengaran suara individu yang merakam video itu menyatakan kereta itu masuk ke dalam lubang dan pemandu berkenaan tidak menyedari penghadang plastik berkenaan.

Menurut pekerja binaan di lokasi kejadian, sudah meletakkan papan tanda sebagai amaran kepada pengguna jalan raya dan orang awam tetapi difahamkan ia diterbangkan angin kencang serta hujan lebat.

Kejadian itu turut menjadi viral dalam laman sosial Facebook dan aplikasi WhatApps. - Apakes

Warga Tua Terselamat Walaupun Kereta Masuk Lubang Warga Tua Terselamat Walaupun Kereta Masuk Lubang Reviewed by Lina Slayer on 14:40:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.