10 Cara POWER Memikat Hati Calon Isteri. Yang Dah Ada ISteri JANGAN BAca!

10 cara yang POWER Memikat Hati Calon Isteri. Yang Dah Ada ISteri JANGAN BAca! Aku nak kongsi sikit cara-cara nak pikat calon isteri. Yang dah ada isteri jangan baca. Kau tambah je tips di bawah ni. Tolong member yang lain untuk mendirikan masjid. Jangan kau pula yang nak menambah isteri. Haha.

Antaranya;

1. Boleh Buat Makwe Tersenyum Sendiri

Kebanyakan makwe suka pakwe yang kelakar. Yang boleh buat dia ketawa. Bukan perlu jadi pelawak pun. Tapi sekadar mencuit hati. Lawak hambar pun takpe. Usaha tu penting. Kalau kacak tapi tak kelakar tak guna juga.

2. Jadi Yang Istimewa

Jadi lain daripada yang lain. Macam kau special di mata dia. Contohnya, kalau nama target tu Suraya, orang lain panggil dia Su. Kau panggil la Aya ke Sura ke, Yaya ke. Baru mudah dia ingat kat kau.

3. Mudah Minta Tolong

Kau mudah untuk tolong dia. Yang penting, biar ikhlas. Kalau boleh tolong kau tolong lah. Jangan dia minta bukan-bukan sampai kau terbeban pun kau nak tolong juga. Biar berpada-pada. Jangan sampai dia kikis harta kau pula.

“Awak, saya nak minta tolong ni…”

“Ye. Awak nak minta tolong saya belikan nasi ayam kan? Saya pergi beli sekarang.”

“Bukan… bukan… Boleh tolong pergi mampos? Saya rimas betei. Awak selalu kacau hidup saya”

“Aiyakkk!”

4. Bertangungjawab

Makwe mahu pakwe dia bertanggungjawab. Boleh bimbing ke arah jalan yang lurus. Apa kata sekali sekala pekena kejut si dia solat Subuh. Kau pun kena solat jugak. Jangan lepas kau kejut dia Subuh, kau bantai sambung tidur.

“Awak, bangun Subuh.. Su…Su… bangun la solat Subuh”

“Subuh jadah mendanya pukul 3.30 petang ni”

“Aaa… saya baru bangun ni… aiyakkk!”

5. Kawan Dengan Kawan Dia

Ada jugek makwe suka kalau kau rapat dengan member dia. Bukan sebab nak ngorat ke apa. Tapi sekadar berkawan. Kenali siapa member rapat dia. Apa anak muda kabor, BFF? Best Frewwwwnnn Foreber? Phewwww.

6. Penyayang

Si dia memang mudah melting kalau kau ada ciri-ciri seorang yang penyayang. Ye lah, si dia mesti nak cari calon kepada ayah kepada anak dia juga kan. Contohnya, bergambar dengan kucing jiran lepastu buat gambar Whatsap sebulan dua masa duk pikat si dia.

7. Ambil Berat

Makwe ni mudah goyang bila mana ada lelaki ambil berat pasal dia. Nak tak nak masa makwe tengah down. Tanya soal makan dan kesihatan cukup buat makwe terasa disayangi. Kau tunjuk kau caring sikit. Jangan masa nak pikat je kemain caring, dah dapat kau asyik “bluetick” je mesej WhatsApp makwe kau.

8. Buat Analisa

Ada juga aku dengar member aku cerita pasal mak makwe nak calon menantu orang sama negeri je. Entoh menda la pesen gini. Jadi, sebelum masuk alam kejuruteraan percintaan, adalah molek jika kau kenali salasilah keluarga si dia dulu.

9. Kenali Si Dia

Cuba selami jiwanya nan lembut ibarat bayu dari Gunung Kinabalu. Sikit-sikit tanya apa dia suka. Apa yang dia tak suka. Hobi dia. Suka makan apa, kegemaran dia apa. Suka bergambar buat pipi kembong misalnya.

10. Terima Dia Seadanya

Kalau kau sayang dan cintakan dia disebabkan dengan rupa semata-mata, nanti 10 tahun akan datang jika kecantikan itu hilang, kau masih mahu dia? Haaa.. jadi baik tengok hati. Tengok perangai dan percakapan dia molek ke tidak. Ini muka cantik tapi mulut macam puaka buat apa. Mencarut 24 jam je.

Banyak lagi cara yang power tapi memandangkan aku risau ada orang dah ada calon isteri lepastu try test power ngorat calon yang lain lagi karang. Lagi risau kalau yang dah ada isteri tapi masih nak “test market”. Terpaksa aku kasi yang berlevel rendah je.

Percayalah, makwe matang memang nak kan hubungan percintaan yang boleh bawa ke dunia rumah tangga. Jadi, terserah pada korang nak yakinkan calon korang. Cewah! Kah!

SHARE I TAG JIKA BERMANFAAT

[ASY]

#AmirSyahir

Kongsikan artikel ini.
  • 228
  •  
  •  
  •  

Berani Bertemu Bakal Mentua, Tanda Lelaki Benar-Benar Inginkan Anda Jadi Teman Hidupnya!

Berani Bertemu Bakal Mentua, Tanda Lelaki Benar-Benar Inginkan Anda Jadi Teman Hidupnya! Lelaki ramainya rasa gugup apabila mahu berjumpa dengan […]

Hampir Dua Jam Setengah, Tangan Hancur Tersepit Mesin Pengisar..” – Azab tangan tersepit mesin pengisar

Azab tangan tersepit mesin pengisar. Tangan kanan lelaki, Mohammad Khan Espirman, 19, hancur selepas tersepit dalam mesin pengisar daging dalam […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *