3 Amalan Tambah Pahala Di Bulan Ramadan

3 Amalan Tambah Pahala Di Bulan Ramadan. Bulan Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam. Di mana, pada bulan Ramadan umat Islam berpuasa dan melakukan amal kebaikan di samping memperolehi pahala yang berlipat kali ganda.

Pada bulan yang mulia ini juga banyak manfaat dan hikmah yang akan diperolehi oleh umat Islam sekiranya mereka berlumba-lumba dalam melakukan ibadah.

Bukan itu sahaja, setiap perkara yang dilakukan haruslah berniat kerana Allah dan bukan semata-mata kerana duniawi. Di sini kami kongsikan dengan anda beberapan amalan yang boleh lakukan bagi meningkatkan pahala di bulan mulia ini.

1. Sedekah

Bersedekah iaitu memberi kepada insan yang lebih memerlukan juga dianggap sebagai satu ibadah yang mulia sekaligus merupakan cara untuk memperbanyakan pahala anda selain menahan lapar dan dahaga di siang hari.

Amalan bersedekah di bulan mulia ini juga merupakan satu amalan yang berlipat kali ganda pahalanya seperti seseorang yang bersedekah di jalan Allah (fii sabilillah).

2. Menyegerakan Berbuka Puasa

Segera berbuka puasa tanpa berlengah-lengahkan waktu berbuka dapat menambah pahala meskipun hanya berbuka dengan air putih.

Bukan itu sahaja amalan ini juga merupakan sunnah Rasul. Menurut Imam Nawawi jika kita ingin dicintai dan mendapat redha Allah kita haruslah menjalankan sunnah Rasul seperti menyegerakan waktu berbuka.

3. Zikir

Zikir sepanjang waktu juga dapat meningkatkan amalan pahala anda sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana sentiasa memuji Allah dengan rendah hati.

Amalan berzikir ini juga dapat menenangkan hati yang dalam kegelisahan dan memperolehi pahala yang lebih banyak jika diamalkan setiap hari. “Pahala bacaaan tasbih (berdzikir “subhanallah”) lebih afdhal dari seribu bacaan tasbih di bulan lainnya.” (Lathaif Al-Ma’arif, hlm. 270).

Setiap amalan yang dilakukan ini lagi mulia jika anda berkongsi bersama rakan-rakan yang lain untuk sama-sama memperolehi pahala sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Bagaimanakah Cara Terbaik Anak Kecil Anda Mengenal Allah?

Bagaimanakah Cara Terbaik Anak Kecil Anda Mengenal Allah? Saya terkesima mendengar begitu kerap dan petahnya anak kecil itu berbicara tentang […]

SEBAB RASULULLAH SAW MELARANG MENCABUT UBAN

SEBAB RASULULLAH SAW MELARANG MENCABUT UBAN. Hadis daripada ‘Abdullah bin’ Umar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Uban adalah cahaya […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *