3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga

3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga. Bercakap tentang dosa-dosa isteri amatlah mudah jika disenaraikan oleh para suami, lidah mereka lancar menyebut satu persatu kelemahan isteri, seperti fitnah wanita, isteri nusyuz, wanita penghuni neraka paling ramai, isteri banyak mengeluh sedikit bersyukur, isteri pengikis, mulut celopar, pencemburu, queen control dan tajuk-tajuk yang serupa dengannya. Seolah-olah hanya wanita yang menuai dosa dalam rumah tangga.

Bagaimana pula jika para isteri disoal siasat tentang perangai suami mereka? Mesti senarai mereka lebih panjang lagi, satu persatu dosa suami disusun.

Masalah suami tak beri nafkah, suami panas baran, kedekut, pemalas, tak romantik, suami mata keranjang, suami jahil agama dan segala isu-isu yang membabitkan kelemahan suami.

1. LUAH MASALAH RUMAH TANGGA & KUAT BERAHSIA

Di depan isteri bukan main romantik tapi bila isteri tiada sesuka hati mengurat anak dara orang, isteri pula jika suami ada di depan mata pandailah jaga pergaulan tapi jika suami tiada mulalah mencari ‘suami orang atau jejaka bujang’ meluahkan segala keluhan pasal rumah tangga dan aib keluarga. Suami gatal isteri pula cari jantan, dosa apalagi yang boleh mengheret mereka ke lembah neraka dunia akhirat selain dosa zina?

Peliknya suami isteri sekarang masing-masing tak boleh tengok telefon pasangan. Jika benar-benar jujur tak perlu kita tutupi apa yang kita sembunyi dalam telefon. Jika benar-benar jujur siapa pun boleh tengok dan baca tanpa kita takut dan risau impak yang akan terjadi. Waspadalah hasutan syaitan, kemungkinan kita bermaksiat amat tinggi jika bersendirian!

Dosa yang dilakukan apabila bersendirian akan meranapkan amalan sebesar gunung yang menjulang tinggi.

Baginda s.a.w bersabda: sesungguhnya mereka itu adalah saudara-saudara kamu dan dari kulit kamu, mereka mengisi sebahagian malam (dengan ibadah) seperti kamu namun mereka adalah orang-orang yang apabila bersendirian mereka melanggar perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.” (hadis riwayat Ibnu Majah di sahihkan oleh syaikh Al-Albani)

2. SAKITKAN HATI PASANGAN & JADIKAN HAMBA

Suami yang menzalimi isteri, mengambil hartanya, memperhambakannya, memukul, hatta memaki dan menyakiti perasaan isteri akan dituntut dosa-dosanya itu di akhirat nanti. Begitu juga isteri yang menyakiti suami, tidak akan terlepas sehalus debu pun dosa yang anda lakukan, ia akan dibayar dengan pahala yang anda kumpulkan.

Siapakah yang paling banyak kita zalimi di rumah? Bagaimana jika pasangan kita tidak redha, dosa-dosa dalam rumah tangga sememangnya tidak boleh dipandang ringan, ia boleh melemparkan kita ke dalam neraka. Bila kita belum bertaubat, tidak sempat meminta maaf, sentiasa mengulangi kezaliman pada pasangan, bagaimana kita berhadapan dengan Allah di akhirat kelak?

3. TAYANG AURAT & BERI KEBEBASAN PERGAULAN ANAK

Seorang lelaki berbangga di hadapan kawan-kawannya menayangkan bentuk badan anak dara dan isterinya yang membuka aurat untuk mendapat pujian cantik dan seksi. Ibu yang memberi izin anak bujangnya menjemput kekasih sampai ke dalam bilik, meraikan kemaksiatan di rumah atas sebab tuntutan kemodenan dalam pergaulan.

Meraikan hiburan sampai lupa sembahyang, tak ingat al-Quran. Malu berpakaian dan berakhlak Islam, mengagung-agungkan budaya barat dan menutup pintu-pintu hidayah masuk ke rumah. Ibu bapa yang sebegini menanggung dosa anak kerana mengajar mereka buat maksiat.

Tiga senarai dosa suami isteri ini sudah cukup menakutkan, tak payahlah saling menuduh satu sama lain tentang siapa yang paling banyak dosanya, suami isteri kena bertolong bantu menghapus dosa dan menambah pahala. Jika tidak, rumah tangga sentiasa diliputi kejahatan, kerisauan, kebencian dan akhirnya runtuh di tepi jurang neraka, ya Allah lindungilah keluarga kami!

Kuasa YA LATIF Pada Anak-Anak, Kesannya Lebih Hebat Daripada Guna Rotan

Haaa… cabaran juga nak jaga anak-anak tanpa tinggikan suara. Nak marah pun bukan anak faham. Jadi apa yang mak-mak perlu buat, guna kuasa DOA!

Ya, boleh denda tetapi itu tidak mencukupi dan anda patut doakan manis-manis. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca ‘Ya Latif’ sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3 Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.

Terjemahan Surah Taha Ayat 1-5
Taa. Haa.

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.

Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam di atas ‘Arasy.

Bacaan untuk anak/suami yang degil tidak mahu solat

Baca doa ini 3x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak/suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah..

Kemudian baca doa NABI DAUD sebanyak 3 kali

“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI” dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Semoga bermanfaat buat semua ibu ayah untuk mendidik anak-anak ke arah yang positif.

Sumber: Mingguan Wanita

Kongsikan artikel ini.
  • 265
  •  
  •  
  •  

Ini 5 Kelebihan Mengambil Wudhuk Yang Ramai Tak Tahu

Ini 5 Kelebihan Mengambil Wudhuk Yang Ramai Tak Tahu. Mengambil air sembahyang atau berwuduk merupakan salah satu syarat sah sebelum […]

Kebanyakan Lelaki Sememangnya Suka Melihat Wanita Tanpa Mekap

Kebanyakan Lelaki Sememangnya Suka Melihat Wanita Tanpa Mekap. Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *