4 ‘Pulau Bebas Cukai’ Di Malaysia Untuk Kaki Shopping, Jom Shopping!

4 Pulau

4 ‘Pulau Bebas Cukai’ Di Malaysia Untuk Kaki Shopping, Jom Shopping! Korang tahu tak bagi menarik lebih ramai pelancong asing dan tempatan serta merangsang pembangunan di Malaysia, Kerajaan sebenarnya telah bersetuju memberi status ‘Pulau Bebas Cukai’ kepada 4 buah perairan popular dalam negara.

4 ‘Pulau Bebas Cukai’ Di Malaysia Untuk Kaki Shopping, Jom Shopping!

BACA:Pulau Langkawi Destiasi Percutian TOP 1 2020, Rugi Kalau Tak Datang!

Jom kita tengok apa barang-barang menarik yang boleh diborong di pulau-pulau bebas cukai ini!

1. Labuan, Sabah

Labuan terletak kira-kira 10 kilometer dari pantai Sabah dan digelar sebagai Mutiara Borneo. Labuan mempunyai daya tarikan istimewa terutama panorama pantai yang indah untuk menyaksikan matahari terbenam, aktiviti rekreasi air seperti snorkelling dan lawatan ke pulau-pulaunya.

Ia juga menjadi tumpuan sebagai destinasi percutian untuk para pelancong kerana statusnya sebagai pulau bebas cukai sejak 1 September 1956.

Di sini turut menawarkan pelbagai jenis barangan antaranya coklat, makanan dan tembakau dengan harga murah. Walaupun coklat boleh dibeli juga di tempat lain, istimewanya produk di zon bebas cukai Labuan jarang ditemui di tempat lain dan ada antaranya hanya boleh didapati di situ sahaja.

2. Langkawi, Kedah

Langkawi yang terkenal dengan jolokan Pulau Lagenda ini sememangnya sangat terkenal dengan tempat beli-belah bebas cukai di kalangan pelancong asing dan rakyat Malaysia sejak ia diwartakan sebagai pulau bebas cukai pada 1 Januari 1987.

Antara lokasi shopping yang wajib singgah jika ke pulau ini tentunya Kompleks HIG atau nama penuhnya Haji Ismail Group.

HIG umpama syurga membeli-belah bagi sesiapa sahaja yang nak borong coklat, pinggan mangkuk, perfume, barangan dapur, perabot, beg dan pelbagai jenis cenderamata.

Tapi selain HIG, sebenarnya ada banyak lagi tempat shopping menarik yang murah seperti Pusat Beli Belah Saga, Kompleks Beli Belah Jetty Point, Pusat Beli Belah Zeno, Langkawi Parade Megamall, Idaman Suri, Cuban Attitude , Cable Car, Pusat Beli – Belah Langkawi Fair, Zon Shopping Paradise – Pantai Chenang dan Coco Valley – Underwater World Langkawi.

3. Tioman, Pahang

Terletak sejauh 32km dari pantai barat negeri Pahang, lautannya kaya dengan khazanah laut terumbu karang yang menjadikan Pulau Tioman sebagai lokasi popular kepada mereka yang meminati aktiviti menyelam.

Status pulau bebas cukai diberikan kepada Tioman pada 1 September 2002 bagi menggalakkan lagi aktiviti bertaraf antarabangsa dijalankan di pulau ini selain menggamit kedatangan lebih ramai pelancong untuk menikmati keindahan semula jadi Pulau Tioman yang menakjubkan.

Kalau korang ke sini jangan lupa singgah di Vision Commerce di Kampung Tekek yang merupakan salah satu kedai bebas cukai terbesar di pulau itu. Di sini ada dijual pelbagai produk menarik seperti batik, t-shirt, coklat, cenderamata dan tembakau.

4. Pangkor, Perak

Melalui Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada November 2018, Pulau Pangkor akan dijadikan pulau bebas cukai baharu untuk merealisasikan potensi pulau itu sebagai pusat pelancongan seperti mana 3 pulau lainnya.

Pelancong tempatan juga mengatakan bahawa status bebas cukai merupakan idea yang baik jika pihak berkuasa menggunakan status itu untuk membawa masuk kedai-kedai yang menjual barangan berjenama seperti coklat, minyak wangi dan pakaian.

Jika hal itu dapat direalisasikan, makin ramailah yang akan berpusu-pusu ke Pulau Pangkor lepas ni kan? Hehehe…selamat membeli-belah korang! Suka la tu!

Sumber: The Kaki Cuti

Amalkan Baca

Amalkan Baca Surah Insyirah, 7 Kali Sehari Untuk Menjemput Rezeki!

Amalkan Baca Surah Insyirah, 7 Kali Sehari Untuk Menjemput Rezeki! Mungkin ada yang salah dalam hidupmu, ada yang kurang yang […]

Setiap Kali Jiwa Terasa Sedih & Terbeban Dengan Hutang, Amalkanlah Doa Ini!

Setiap Kali Jiwa Terasa Sedih & Terbeban Dengan Hutang, Amalkanlah Doa Ini! Jadi seorang mak-mak dan isteri bukannya mudah. Tanggungjawabnya […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *