5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda. Rugi Kalau Tak Cuba!

5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda. Rugi Kalau Tak Cuba! Wajah yang kelihatan awet muda sememangnya menjadi impian ramai orang. Kecantikan bukan hanya boleh dipelihara melalui teknologi kecantikan sahaja. Melalui amalan harian yang dianjurkan oleh Islam juga, kita mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda.

BACA: Checklist Umrah Wanita, Ini Antara Senarai Barangan Keperluan

5 Amalan Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda. Rugi Kalau Tak Cuba!

Gabungan penjagaan wajah serta amalan yang dianjurkan dalam agama Islam menjadikan rutin penjagaan kecantikan jadi sempurna. Berikut amalan-amalan yang membantu wajah kelihatan awet muda.

Petua-Petua

Petua 1 : Sebelum mandi dan memberus gigi, amalkan petua ini. Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi tiga kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 3 : Semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke bahagian wajah berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Aura Wajah

Petua 4 : Agar wajah tampak muda daripada usia yang sebenar, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh, bacalah surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja.

Petua 5 : Hafal ayat 35-38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Melalui amalan-amalan ini In Shaa Allah, aura wajah akan terserlah. Perlu diingatkan juga bahawa kecantikan bukan sahaja tertumpu pada segi luaran sahaja tetapi juga dalaman. Hati yang bersih dan ikhlas akan memancarkan seri wajah seseorang secara semula jadi.

Sumber: Kashoorga

Checklist Umrah Wanita, Ini Antara Senarai Barangan Keperluan

Checklist Umrah Wanita, Ini Senarai Barang Keperluan Umrah. Sesiapa sahaja yang mendapat peluang untuk mengerjakan haji atau umrah, pastinya tidak […]

Nabi SAW Dah Lama Pesan 6 Benda Akan Menimpa Umat Akhir Zaman. Berhati-Hatilah Kerana Kesannya Menakutkan!

Nabi SAW Dah Lama Pesan 6 Penyakit Akan Menimpa Umat Akhir Zaman. Berhati-Hatilah Kerana Kesannya Menakutkan! Pada akhir zaman ini […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *