5 Hotel Terbaik Malaysia Yang Korang Patut Pergi!

5 Hotel Terbaik Malaysia Yang Korang Patut Pergi! Empat hotel dimiliki oleh Robert Kuok, anak kelahiran Johor Bahru yang digelar “Raja Gula” Malaysia. Lima hotel lain pula terletak di Langkawi.

BACA: Lexis Hibiscus 2, Port Dickson Tawar Pengalaman Percutian Mewah 5 Bintang

5 Hotel Terbaik Malaysia Yang Korang Patut Pergi!

1. Casa Del Mar, Pantai Cenang, Langkawi

 

Ini mungkin mengejutkan. Tempat pertama di sandang oleh hotel butik kecil dengan hanya 34 bilik — iaitu hotel Casa Del Mar di pesisir Pantai Cenang, Langkawi.

Hotel ala-Sepanyol ini mempunyai ramai pelanggan tetap dari luar negara — bukan kerana biliknya yang hebat atau kemudahannya banyak tetapi kerana ia dikatakan mempunyai layanan terbaik di Malaysia.

Di sini tuala anda akan disejukkan dahulu sebelum diberi apabila anda berehat di luar, buaian hammock disediakan di setiap bilik dan air tembikai sejuk akan dihantar kepada anda sewaktu anda sedang bersantai di tepi pantai.

Jika anda ingin tahu sendiri bagaimana layanan hotel terbaik di Malaysia ini jangan lupa berkunjung ke Casa Del Mar sewaktu ke Pulau Langkawi.

Harga Bilik : dari RM 850

2. The Danna Langkawi, Langkawi

Di sandang oleh The Danna, Langkawi, hotel ini adalah penginapan eksklusif yang membolehkan anda bersarapan pagi sambil melihat bot-bot mewah berlabuh, atau merasa keajaiban berenang di kolam infiniti 3 tingkat yang terbesar di Pulau Langkawi.

Resort 5 tingkat dengan 125 bilik ini memang direka untuk memberikan anda suasana ala British yang cukup eksklusif.

Selain pemandangan Marina Telaga Harbor, anda juga boleh meminta bilik dengan pemandangan gunung, hutan hujan tropika ataupun Pantai Kok yang mengujakan.

Apabila tiba, anda akan dimanjakan dengan urutan bahu dan kepala percuma. Dan untuk mengubat kesedihan anda apabila percutian anda telah berakhir, seorang pelayan akan menghidangkan teh halia dan memberikan anda coklat sebagai hadiah perpisahan.

Harga Bilik : dari RM 1500

3. Four Seasons Langkawi

Di tempat ke-tiga ialah resort antarabangsa The Four Seasons.

Jika Casa Del Mar terletak di pantai Cenang yang rancak dengan kedai-kedai, Four Seasons pula tersorok di Pantai Tengah yang sunyi dan mempersonakan.

Di hotel mewah ini, tidak ada bilik-bilik standard. Sebaliknya, apa yang menunggu anda adalah pavillion keluarga atau villa persendirian yang luas.

Apabila anda membuka pintu villa, apa yang menunggu anda adalah pantai putih yang luas dan desir ombak dari laut Andaman.

Jika anda suka diurut dan dimanjakan, jangan susah hati. Anda tidak perlu berjalan ke spa kerana spa akan dibawa terus ke penginapan anda. Harga untuk satu sessi urutan ? Dari RM 355 sejam.

Harga Bilik : dari RM 2600

4. The Datai, Langkawi

Terletak di antara hutan hujan Gunung Mat Chincang dan laut Andaman, ia adalah penginapan mewah pilihan tetamu luar negara yang berpoket tebal.

Setiap villa pantainya (RM 8,000 satu malam) ada kolam renang peribadi, sebuah tub mandi yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 3 orang dewasa dan chef peribadi yang akan bertandang ke villa anda untuk menyediakan makan malam anda.

Bosan di bilik? Jangan gusar. Di sini anda boleh belajar belayar dengan menggunakan perahu layar milik hotel dengan percuma.

Harga Bilik : dari RM 850

5. Shangri-La Ria, Kota Kinabalu, Sabah

 

Resort Shangri-La ini mempunyai pemandangan gunung Kinabalu dan pantai yang cukup cantik
Selamat datang ke syurga. Itulah kata-kata aluan di laman web Shangri-La Ria di pesisir Pantai Dalit, Tuaran yang juga pemenang tempat ke-5 di Malaysia ini.

Resort seluas 400 ekar milik Robert Kuok di Borneo ini bukan sahaja mempunyai padang golf tetapi juga hutan simpan dan pusat pemuliharaan orang utan sendiri.

Jika anda sukakan hutan, haiwan dan adventure, resort ini cukup sempurna untuk anda. Di sini anda bukan sahaja boleh menunggang kuda dan mengendalikan kenderaan lasak, tetapi anak anda juga boleh bermesra dengan anak orang utan sewaktu anda memancing di laut dalam.

Apabila senja tiba, anda dan pasangan boleh menjamu selera berdua dengan romantis di gazebo tepi pantai. Layanannya pula istimewa kerana anda akan dilayan oleh pelayan peribadi anda sendiri.

Harga Bilik : dari RM 850

Solat Kunci Kebahagiaan, Penentu Kebaikan Amalan Lain!

Solat Kunci Kebahagiaan, Penentu Kebaikan Amalan Lain! Solat adalah kunci kebahagiaan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Apabila dapat mencontohi […]

15 Hotel & Resort Dengan ‘Private Pool’ Di Malaysia Yang Korang Kena Pergi!

15 Hotel & Resort Dengan ‘Private Pool’ Untuk Percutian Penuh Mewah Dan Berkelas Atasan. Disclaimer: Harga yang ditunjukkan bagi setiap […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *