5 Sikap Wanita Buat Lelaki Tertawan. No 4 Tu Paling WIN!

5 Sikap Wanita Buat Lelaki Tertawan. No 4 Tu Paling Win! Lelaki memang terpukau dengan kejelitaan dan kecantikan seseorang wanita itu. Namun begitu ada perkara lain yang membuatkan si lelaki jatuh hati hanya dalam hanya 10 saat mengenai wanita. Bukan bersandarkan paras rupa semata-mata, jom kita lihat 5 perkara yang membuatkan lelaki terpukau mengenai wanita.

1. Senyuman

Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki berdegup kencang. Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan. Malah, lelaki boeh jatuh cinta terhadap seseorang selepas melihatnya tersenyum. Siapa sangka, hanya dengan senyuman, hati lelaki terus cair dan boleh jatuh hati.

2. Bijak

Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Bukan bermakna dia perlu mempunyai sejarah ‘pelajar cemerlang’ tetapi tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa, bijak menyelesaikan masalah dan matang.

Contohnya, jika dia sedang membuat persembahan kerja dalam mesyuararat, seorang lelaki suka melihat wanita yang fasih dan lancar dalam percakapannya, tangkas menjawab setiap pertanyaan dan bahasa tubuh yang begitu meyakinkan. Mereka yang bijak juga tidak mudah melatah jika berdepan sebarang masalah. Sebaliknya, mereka akan duduk diam seketika dan memikirkan cara terbaik untuk menanganinya.

3. Hormat Orang Tua

Aduhai, boleh gugur jantung seorang lelaki jika melihat wanita tahu beradab sopan di hadapan orang tua! Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini.

Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat.

4. Berbaju Kurung

Kenapa wanita dilihat lebih kerap memakai baju kurung hanya ketika menjelangnya Hari Raya? wanita yang berbaju kurung bukan sahaja cantik, malah sangat ayu dan sopan! Biarpun sesetengah orang beranggapan baju kurung kelihatan kampung dan old school, namun baju kurung boleh mencerminkan peribadi seseorang wanita itu. Baju kurung sebenarnya membuatkan mana-mana wanita pun kelihatan lebih anggun. Apatah lagi jika dipadankan dengan kasut tumit tinggi.

5. Berkaca Mata

Wanita yang berkaca mata membuatkan mata lebih cantik dan secara tidak langsung, menjadikan penampilan mereka lebih seksi. Selain itu, kaca mata juga membuatkan mereka kelihatan smart! Tetapi bukanlah seperti nerdy,asalkan wanita itu bijak bergaya dan sentiasa tampil menarik dan anggun.

Artikel Lain

Cinta Pertama… Kenapa Ia Sangat Sukar Untuk Dilupakan?

Cinta monyet itu cinta yang main-main yang tidak punya masa depan, berbeza dengan cinta pertama yang anda ada cita-cita untuk bersama si dia hingga ke akhir hayat. Namun tidak semua cinta pertama dapat dilafazkan dan bersama. Kadang ia hanya terkubur bersama impian yang tidak mungkin jadi kenyataan.

Sehingga kini ramai yang masih merungut, kenapa diantara mereka susah untuk melupakan yang pertama walaupun sudah yang terakhir?

1. Usia

Kebanyakan dari kita mula timbul perasaan ‘suka’ dan ‘jatuh cinta’ sekitar umur 13 hingga 25 tahun. Sewaktu itu otak lebih banyak bekerja dan perasaan lebih dramatis.

2. Naluri

Cinta pertama ialah individu pertama mengerakkan hati dan naluri sebenar mengenai perasaan suka, sedih, kehilangan, kemahuan dan banyak kali. Jadi setiap kali wujud rasa ‘cinta’, setiap itulah dia sentiasa berada dalam fikiran. Ada sesetengah dari kita, percaya si dia yang mula ajar apa itu cinta.

3. Ianya suci

Boleh dikategorikan sebagai cinta pertama ialah cinta yang polos suci. Dimana semakin kita dewasa, cinta yang jujur mula pudar. Sewaktu cinta pertama sikap yang ditonjolkan lebih jujur, ikhlas dan benar-benar terbuka terhadap perasaan.

4. Terkenang memori indah

Yang pertama buat anda rasa begitu gembira, siapa boleh lupa tentang memori ceria bersama si dia. Setiap kali anda mengenangkan perkara yang mengembirakan pasti terselit saat, memori dan pengalaman indah ketika bersama si dia.

5. Kerana ianya sentiasa yang pertama

Bukan anda tidak mahu melupakannya tapi yang pertama telah menakluknya dahulu. Anda akan sentiasa ingat yang pertama sebelum seterusnya. Namun jaga-jaga tidak semua cinta pertama harus dimilikinya kerana ia hanya sebagai pengajaran dan pengalaman sebagai seorang insan mencari cinta. Jangan terjerat! Sesungguhya cinta pertama itu suatu yang teruja, magis dan paling sukar dipadamkan dalam ingatan.

Kongsikan artikel ini.
  • 578
  •  
  •  
  •  

Wanita Pemalu Menjadi Kegilaan Ramai? Eh Biar Betul?

Wanita Pemalu Menjadi Kegilaan Ramai? Eh Biar Betul? Mungkin ramai jejaka di luar sana yang berasa sukar untuk mendekati gadis […]

Ketahuilah 6 Perangai Pelik Anak Kelima Yang Ramai Tidak Tahu! Yang No. 4 Memang Anda Tidak Sangka..

Ketahuilah 6 Perangai Anak Kelima Yang Ramai Tidak Tahu! Yang No. 4 Memang Anda Tidak Sangka.. Hari ini merupakan hari […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *