5 Tempat Cantik Yang Korang Tak Tahu Di Malaysia

5 Tempat Cantik Yang Korang Tak Tahu Yang Perlu Lawat Di Malaysia. Tahun 2020 bakal menjelma tidak lama lagi tapi masih tiada idea untuk melancong ke mana? Jangan bimbang, di sini saya cadangkan senarai tempat yang perlu dilawati oleh anda semua.

BACA: 15 Hotel & Resort Dengan ‘Private Pool’ Untuk Percutian Penuh Mewah Dan Berkelas Atasan

5 Tempat Cantik Yang Korang Tak Tahu Yang Perlu Lawat Di Malaysia

1.Pulau Rawa,Johor

Pulau Rawa,Johor persis Kepulauan Maldives kerana pulau ini ibarat sebuah pulau mutiara yang tersimpan rapi tidak dinodai oleh arus pemodenan. Ramai yang tidak mengetahui kewujudan pulau rawa yang terletak di Johor ini. Pulau kecil ini terletak di Johor kira-kira 16km dari Mersing.

Untuk ke Pulau Rawa pengunjung bolehlah menggunakan speedboat dari jeti Mersing yang mengambil masa kira-kira 20-45 min bergantung kepada keadaan laut. Buat pengetahuan pengunjung di Pulau Rawa hanya menyediakan kemudahan penginapan 2 resort sahaja iaitu Alang Rawa Resort dan Rawa Island Resort.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Rawa antaranya mandi laut,snorkeling, selam scuba, kayak,mendaki puncak bukit, BBQ, santai di gazebo atau stargazing di tepi pantai dan menonton pertunjukan bunga api. Menarik kan?

Di Pulau Rawa juga disediakan gelongsor air(slide) yang membawa anda terus ke laut tidak seperti taman tema air yang membawa anda terus ke kolam. Ada dua gelongsor yang disediakan pastikan anda cuba kedua-duanya.

Pemandangan air laut di Pulau Rawa cukup memukau hati di samping batu karang (coral) yang terjaga rapi dan anda juga boleh melihat ikan-ikan berenang di pesisir pantai. Untuk yang mahu mencuba selam scuba dinasihatkan anda mempunyai lesen scuba supaya memudahkan urusan pendaftaran.

Sudah bosan dengan aktiviti air , ingin melihat suasana sunset di Pulau Rawa? Apakata cabar diri anda untuk panjat anak tangga hingga sampai ke puncak Pulau Rawa. Dari atas puncak anda boleh menyaksikan pemandangan matahari tenggelam yang begitu mengasyikkan.

Makan malam biasanya akan disertakan dengan konsep BBQ. Sekiranya, anda bernasib baik, akan ada pertunjukan bunga api pada waktu malam sekitar jam 9.00 malam selepas waktu makan malam dan BBQ.

2. Bukit Tinggi,Pahang

Bukit Tinggi yang meliputi kawasan hutan tropika seluas 16,000 ekar merupakan sebuah destinasi percutian yang dingin yang mengambil masa 60 minit memandu dari Kuala Lumpur.

Disajikan dengan pemandangan yang indah serta suasana yang nyaman Bukit Tinggi merupakan destinasi yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan khususnya buat mereka yang gemar bergambar. Di sini saya sertakan tempat menarik yang memikat hati terdapat di Bukit Tinggi.

Colmar Tropicale

Colmar Tropicale adalah tempat yang wajib dilawati jika pergi ke Bukit Tinggi. Bangunan dan suasani di sini bertemakan konsep perkampungan Perancis pada pertengahan abad yang lalu. Reka bentuk bangunan yang gah tersergam cukup membuat pengunjung seperti kembali ke zaman kegemilangan Perancis.

Untuk pilihan makanan pelbagai restoran berkonsepkan makanan Perancis disediakan. Jadi tidak perlu bimbang tetapi harga makanan yang dijual di sini sedikit mahal mengambil kira faktor tempat ini yang terletak jauh dari bandar.

4. Penang

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan jika berkunjung ke utara tanah air, Penang. Di bawah saya senaraikan antara tempat-tempat menarik boleh dilawati di Penang.

Penang Escape Theme Park

Bagi penggemar aktivit lasak yang ingin menguji adrenaline anda di sinilah tempat yang menjadi kegemaran buat golongan ini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

5. Semporna, Sabah

Pulau Semporna dikelilingi banyak pulau di sekitarnya yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.Antara pulau menarik yang boleh dilawati ialah:

Pulau Mabul

5 Tempat

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Negeri Sabah,Malaysia.Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin.Dasar yang tidak dalam amat sesuai untuk melakukan scuba diving.Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan

Pulau Sipadan

Merupakan satu-satunya pulau samudera di Negara Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari aras laut.Perjalanan dari Pulau Mabul ke Pulau Sipadan cuma mengambil masa dalam 15 minit sahaja.Sipadan juga di senaraikan sebagai salah satu daripada 5 lokasi selam skuba di dunia.

15 Hotel & Resort Dengan ‘Private Pool’ Di Malaysia Yang Korang Kena Pergi!

15 Hotel & Resort Dengan ‘Private Pool’ Untuk Percutian Penuh Mewah Dan Berkelas Atasan. Disclaimer: Harga yang ditunjukkan bagi setiap […]

5 Sebab Kenapa Korang Kena Menginap Di The Waterway Villa, Bentong!

5 Sebab Kenapa Korang Kena Menginap Di The Waterway Villa, Bentong! Untuk yang suka hotel yang berkonsepkan mewah Klassik, korang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *