5 Tip Merebut Kembali Cinta Isteri Yang Para Suami Tidak Tahu

5 Tip Merebut Kembali Cinta Isteri. Jika mak ayah kita dulu berkahwin selalunya dengan pilihan orang tua, kebanyakan kita pula berkahwin atas pilihan sendiri. Sudah semestinya pilihan kita itu didasari perasaan cinta terhadap pasangan kita. Seiring masa berlalu, cinta seakan pudar dikaburi oleh tanggungjawab yang lebih berat: mengurus keluarga yang semakin besar.

Inginkah anda menikmati kembali cinta dan perhatian dari si isteri? Jom rebut kembali cinta isteri anda dengan tip-tip berikut:

1 -Ikhlaskan Cinta Terhadap Isteri

Ketika isteri tidur, renung wajahnya yang lelah kepenatan seharian menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

Kenang kembali betapa cintanya anda terhadap isteri ketika mengahwininya dulu. Ingat saat manis bersamanya dulu. Fikirkan pengorbanannya untuk bersama dengan anda. Ikhlaskan cinta anda padanya.

Ingat mengapa anda memilih dia sebagai isteri dahulu dan fikirkan betapa dia bertahan dengan kerenah anda selama ini. Cintai insan yang anda pilih ini dan bahagiakan dia.

2 – Rancang Masa Berdua Bersamanya

Pilih tarikh istimewa misalnya tarikh perkahwinan atau tarikh mula berkenalan dengannya. Jika sama-sama bekerja, ambil cuti. Untukkan sehari suntuk masa untuk anda berdua.

Jika anak-anak sedang bersekolah, uruskan agar ada yang menjemput mereka pulang. Dari pagi hingga petang atau malam, adalah masa anda berdating dengan isteri, tanpa sesiapa bersama.

Ingat, tujuan date berdua untuk menyemarakkan cinta, bukan untuk cari gaduh. Jika sama-sama sukakan hasil kesenian, pergi tengok pameran kesenian.

Jika suka mendaki gunung, pergi bersama-sama. Dengan meluangkan masa berdua tanpa gangguan, bakal mengembalikan kemesraan bersama.

Jadikan dua atau tiga tarikh tertentu dalam setahun sebagai masa yang ditunggu-tunggu oleh pasangan pada setiap tahun kerana anda mencipta momen berdua-duaan dengannya pada tarikh tertentu.

3 – Sesekali Berikan Bunga Atau Hadiah Kecil Untuknya

Jangan buat selalu kerana hadiah yang sering atau mudah didapati, kurang manisnya. Rancang, setahun satu atau dua kali belikan bunga atau hadiah comel untuknya.

Tetapi sebelum beli, pastikan yang dia bukan seorang yang benci terhadap bunga. Atau jika mahu belikan sesuatu untuknya, pastikan dulu minatnya. Jika minatnya novel, belikan novel untuknya.

Jiwa wanita lembut. Jika anda buat tak layan padanya, dia akan bersedih dan memendam rasa bertahun lamanya.

4 – Sesekali Ucapkanlah Cinta

Bila kali terakhir anda ucapkan perasaan cinta anda pada isteri? Sebelum kahwin? Masa baru kahwin? Beberapa tahun yang lalu?

Jika esok tiada lagi dalam hidup anda, salah satu kekesalan yang timbul adalah kerana anda tidak ucapkan betapa anda sayangkan ahli keluarga anda, salah satunya adalah isteri anda.

Anda masih bernyawa? Bagus! Ambil peluang yang mungkin yang terakhir ini untuk ucapkan cinta dan kasih sayang anda kepada isteri anda.

Senyum dan katakan kepadanya yang anda bimbang tidak sempat beritahu kepadanya yang anda sayangkan dia.

Besar kebarangkalian, dia akan rasa terharu dan sedikit bimbang jika anda sebenarnya memang benar-benar buang tabiat sebelum mati.

Ini akan meningkatkan perhatiannya kepada anda dan kemungkinan besar membuatkan dia lebih prihatin dan membalas perhatian cinta anda kepadanya.

5 – Ucapkan Tahniah Kepadanya Atas Kejayaan Anak-Anak

Anak anda berjaya? Jangan hanya ucapkan tahniah kepada anak anda sahaja. Ucapkan tahniah kepada isteri anda kerana usahanya mendidik anak-anak lah yang menjadi salah satu sebab membuatkan anak anda berjaya.

Jika anda raikan anak anda atas kejayaannya, raikan sama isteri anda. Dia akan rasa yang usaha dan prihatinnya terhadap kemajuan dan kejayaan anak-anak dihargai oleh insan yang paling dia sayang.

Belum Sampai Seru Untuk Berhijab?

Belum Sampai Seru Untuk Berhijab?. Buntu? Sudah kering idea untuk menasihati mereka yang belum bertudung? Mungkin, ada yang tidak kena […]

Adakah Anak Anda Bermasalah? Baca Dan Fahami..

Adakah Anak Anda Bermasalah? Jika terlampau dilayan anak, nanti anak tidak tahu berdikari. Jika terlalu diberi tumpuan, nanti anak melampau. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *