6 Langkah Yang Perlu Bagi Orang Yang Bertaubat. Benarlah apa yang disabdakan oleh Baginda SAW. Setiap dari kita memang tidak terlepas dari cubaan dunia yang sering menggoda untuk melakukan kejahatan. Ini kerana sifat iman itu sendiri yang bertambah dan berkurang. Boleh jadi hari ini kita rajin melaksanakan ibadah, esok hari belum tentu lagi.

1 – Tidak Berputus Asa

Sesungguhnya, rahmat dan pengampunan Allah SWT itu tersangat luas. Oleh itu, usah berputus asa dan jangan beranggapan bahawa taubat yang dilakukan itu tidak diterima. Allah SWT turut memberi jaminan akan hal ini sepertimana firman-Nya yang bermaksud;

2 – Memohon Keampunan Dan Istighfar

Istighfar adalah menyedari segala kesilapan yang dilakukan lalu memohon ampun kepada Allah SWT dengan kalimah ‘Astaghfirullahal adzim wa atubu ilaih’ yang bermaksud, ‘Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung dan bertaubat kepada-Nya’.

Juga, boleh diucap kalimah yang ringkas seperti ‘Astaghfirullah’ ini secara berulang-ulang menjadi zikir. Mudah-mudahan, semakin lembut hati kita dan dekat dengan-Nya.

3 – Menyesali Segala Perbuatan

Menyesal atas segala kesalahan yang dilakukan amat penting kerana inilah yang menunjukkan keinsafan diri seseorang itu. Juga, sebagai tanda pengabdian serta tawaduknya seorang hamba di hadapan Tuhannya. Penyesalan ini hendaklah disertai dengan kesungguhan dan keikhlasan dari hati.

4 – Berjanji Tidak Akan Mengulangi

Setelah penyesalan dibuat atas segala khilaf, langkah seterusnya adalah berazam atau berjanji pada diri sendiri untuk tidak mengulangi lagi kesalahan tersebut. Adapun, jika masih tetap mengulangi kesilapan yang sama, usahlah berputus asa untuk mengulangi lagi langkah yang pertama. Ini kerana kita hanyalah manusia yang memang tidak terlepas dari kesalahan.

5 – Meminta Maaf Kepada Pihak Yang Berkaitan

Adapun jika kesalahan yang dilakukan itu melibatkan sesama manusia, sebaiknya kita berjumpa dengan individu tersebut dan meminta maaf kepadanya. Rendahkan ego kita walau setinggi mana pun pangkat yang kita miliki sekalipun individu tersebut lebih rendah pangkatnya dari kita.

Apa yang penting, masing-masing dapat berlapang dada dengan khilaf perlakuan yang telah dilakukan. Selebihnya, terserah kepada Allah SWT untuk memutuskannya.

Kongsikan artikel ini.
  • 208
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *